Rabu, 26 Oktober 2016

RUU Akta 355: Terpulang speaker nak letak nombor 40, kata Hadi


Abdul Hadi AwangAbdul Hadi AwangGagal menjelaskan usul persendiriannya berkenaan pindaan Akta 355 ditolak daripada nombor empat jatuh ke nombor tujuh dalam aturan mesyuarat Parlimen, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) menganggap ia terpulang kepada pihak kerajaan untuk menentukan giliran untuk beliau membentangkan usul tersebut.
Menurut Presiden Pas itu, anjakan giliran untuk beliau membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian itu juga tiada kena mengena dengan dirinya.
"Kenapa (usul persendirian) naik, turun, itu urusan speaker. Bukan urusan saya. Saya kemukakan usul, terpulang pada mereka nak letak nombor satu ke, tujuh, 40.
"Ada udang ke, ikan, buaya, saya tak tahu. Ini terpulang," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Reaksi beliau itu selepas menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) tentang usul pindaan bagi memperkasakan hukuman jenayah di Mahkamah Syariah itu yang disifatkan sebagai 'naik dan turun' dalam kertas perintah.
Chong turut menyoal kemungkinan Abdul Hadi mempunyai 'udang di sebalik batu' bersama Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) supaya usul itu dimasukkan dalam aturan mesyuarat.
"Boleh tahu apakah udang di sebalik batu atau persetujuan sulit antara Marang dan Pekan supaya usul dapat dinaikkan serta dapat memecahbelahkan pembangkang supaya Umno dapat tadbir negara?" soal Chong lagi.
Pada hari pertama persidangan iaitu 17 Oktober lalu, usul yang sepatutnya dibentangkan Abdul Hadi itu tidak sempat dibahaskan ekoran tersenarai di kedudukan keempat aturan mesyuarat dan keesokannya pula jatuh ke nombor tujuh.
Untuk rekod, pihak kerajaan mempunyai kuasa melalui eksekutif untuk menentukan tarikh sebenar bagi pembentangan usul RUU berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 14 (2).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA