Khamis, 20 Oktober 2016

Puji polis tangkap Jamal, tetap berpendirian tidak sokong Bersih, kata Ali Tinju


Mohd Ali BaharomMohd Ali BaharomTindakan pihak polis menahan Datuk Jamal Md Yunus di bawah Akta Hasutan dipuji Ali Tinju antara pemimpin NGO yang turut menentang himpunan Bersih sebelum ini.
Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom selaku Presiden Gerakan Merah NGO No 1 Malaysia menyatakan tindakan pantas dan tegas yang dibuat oleh pihak polis menahan Jamal sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) semalam adalah wajar  dilakukan kepada pihak yang melakukan provokasi terhadap peserta Bersih.
"Selaku Presiden No 1 Negara kami menyatakan sokongan terhadap tindakan pantas dan tegas yang dibuat oleh pihak berkuasa ke atas Kumpulan samseng Baju Merah yang mengadakan himpunan provokasi 'pukul' terhadap Baju Kuning.
"Kami amat simpati kepada Jamal Ikan yang bertindak mengikut emosi dan ego serta kepentingan politik kotor.
"Tolong jangan jual nama baik pemimpin NGO lain demi niaga Demo kamu secara tidak langsung," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Semalam Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos ditahan polis sebaik tiba di KLIA. Beliau ditahan kira-kira pukul 8.30 pagi selepas tiba dari Dubai,  sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan penahanan Jamal akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Ali berkata, bagaimanapun Gerakan Merah NGO No.1 yang dipimpinnya itu tetap berpendirian tidak terlibat dalam isu isu yang dibawa oleh kumpulan baju merah di bawah pimpinan Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mahupun kumpulan baju kuning pimpinan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin.

"Kumpulan samseng baju merah Jamal Ikan dan Armand Exco Pemuda Umno Malaysia juga Baju Kuning Maria Chin jika mahu berdemo, kami tidak bersetuju membabitkan nama baik pemimpin NGO-NGO lain di dalam perhimpunan jalanan haram mereka yang tidak mengikut lunas undang undang.
"Nasihat kami kepada mana-mana NGO Melayu yang sokong Jamal dan Armand kami larang gunapakai nama baik "NGO" dalam pertubuhan mereka.. lebih baik kamu berdua pakai jawatan dalam Umno," ujar Ali yang juga pernah disiasat di bawah akta sama pada 2015 lalu kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan susulan kekecohan pelangan dan peniaga telefon bimbit dalam insiden pergaduhan di Kompleks Beli Belah Kota Raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA