Sabtu, 29 Oktober 2016

Polis salah guna kuasa ambil kad pengenalan orang awam, kata Maria Chin


Maria Chin dibebas dengan jaminan polis Maria Chin dibebas dengan jaminan polis Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah yang ditahan ketika mengedar risalah di Langkon, Kota Marudu, Sabah dibebaskan petang ini dengan jaminan polis.
Maria berkata, beliau dipercayai ditahan di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar risalah haram.
"Tapi di risalah yang kami edar ada alamat lengkap pejabat dan di mana ia diterbitkan. Jadi tak ada masalah," katanya selepas disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu.
Maria juga berkata, polis menyalahgunakan kuasa mereka apabila meminta  kad pengenalan orang ramai yang didapati mengambil risalah Bersih.
"Polis menyalahguna kuasa mereka apabila mengambil kad pengenalan orang yang menerima risalah Bersih. Mereka tak ada hak mengambil kad pengenalan orang awam dan kami akan ambil tindakan terhadap perkara ini," katanya yang diiringi Ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Fadiah Nadwa Fikri.
Bermula 1 Oktober lalu, Bersih menjalankan pameran bergerak di seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.
Perhimpunan itu bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran skandal 1MDB.
Semalam, Maria telah mengemukukan notis kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA