Isnin, 24 Oktober 2016

PKPIM kesal kerajaan gagal santuni keperluan mahasiswa,universiti awam


Muhammad Khair SujudMuhammad Khair SujudPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menzahirkan rasa kecewa dengan belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri menyaksikan kegagalan kerajaan dalam menyantuni keperluan Universiti Awam
dan mahasiswa.
PKPIM berpendapat adalah tidak adil peruntukan kepada pendidikan tinggi dipotong kerana pendidikan merupakan hak asasi dan keperluan utama dalam konteks pembangunan insan
sesebuah negara.
Negara maju seperti Finland dan Norway telah melaksanakan dasar pendidikan percuma yang jelas membawa manfaat dan kesejahteraan kepada penduduk.
"PKPIM mengharapkan para ahli parlimen dan Menteri Pendidikan Tinggi dapat membahas permasalahan bagi mendapatkan solusi yang tuntas di samping merangka pelan
strategik berkesan bagi mengatasi pengurangan peruntukan ini.

"PKPIM sebagai organisasi yang prihatin kepada kebajikan mahasiswa bersedia untuk berdialog dan membantu pihak kerajaan bagi mencari solusi yang terbaik agar kebajikan mahasiswa terjamin," ujar Presiden PKPIM Muhammad Khair Sujud dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Jumaat lalu Perdana Menteri yang juga Menteri Kebangan membentangkan Bajet 2017 antara lain telah melakukan pemotongan sebanyak 19.23% dalam peruntukan kepada 20 Universiti awam bagi tahun 2017 menyaksikan peruntukan terendah dalam tempoh tiga tahun terakhir iaitu
RM8,75 Bilion pada 2015 dan RM7,31 Bilion pada 2016 kepada RM6,12 pada 2017.
Muhammad Khair berkata, tindakan kerajaan yang memangsakan universitidan mahasiswa dalam kegagalan kerajaan menangani masalah ketirisan kewangan yang melanda negara kini amat dikesali.
"Pemotongan bajet ini melambangkan sikap kurang cerdik kerajaan yang terpalit dalam soal skandal melibatkan wang bernilai billion ringgit, kemudian golongan mahasiswa dan
institusi universiti yang dibebankan.
"Tindakan memotong peruntukan kepada 20 universiti awam ini jelas menunjukkan kerajaantidak serius dalam pembangunan pendidikan tinggi negara yang setakat ini masih lompong
daripada aspek sumber kewangan dan kemudahan fasiliti.
"Kami akan protes sekiranya yuran pengajian ditingkatkan setelah pengurangan mendadak peruntukan kepada pihak universiti bagi menampung keperluan operasi universiti.
"Pengurangan ini dibimbangi bakal menambah beban mahasiswa yang kemungkinan bakal menanggung hutang yang melampau dalam suasana ekonomi yang tidak menentu kini," ujarnya.

PKPIM juga mengkritik pemotongan ini kerana pihak universiti terpaksa fokus pada usaha mencari keuntungan dan sumber kewangan tambahan sehingga mengabaikan komitmen utama
meningkatkan kualiti pembelajaran dan penyelidikan.
Ini jelas gagal menepati nilai teras universiti sebagai pusat pengembangan ilmu dan pembinaan generasi intelektual mahasiswa yang berkualiti.
Turut dikhuatiri ujar PKPIM lagi, adalah peruntukan kepada program anjuran persatuan mahasiswa disemua universiti turut dikurangkan sekaligus akan menyebabkan produktiviti mahasiswa merosot seterusnya gagal memenuhi cita-cita kerajaan melahirkan mahasiswa yang holistik dan terampil dalam segenap aspek.

"PKPIM memohon penjelasan YAB Perdanna Menteri dalam isu pemotongan peruntukan kepada universiti awam.
"Kami juga mendesak agar Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi bersuara bagi merealisasikan slogan “SoaringUpwards” yang hangat dilaungkan," ujarnya.
PKPIM turut mencadangkan kepada pihak KPTM ialah:
1)Jaminan perlindungan kepada seluruh mahasiswa agar pentadbir universiti tidak menaikkan yuran pengajian dan servis lain seperti kolej kediaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh
universiti.
2)Kawalan harga dan pengecualian kepada mahasiswa daripada terkena impak segera GST
khususnya untuk harga makanan di kafe universiti dan perkhidmatan dalam kampus.
3)Peruntukan kepada sebarang aktiviti pelajar diselia dan diurus tadbir dengan cermat bagimengelakkan sebarang ketirisan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA