Selasa, 25 Oktober 2016

Pindaan RUU 355: Umno senyap, Pas tak keruan

Pas sejak setahun lalu berbaik sangka dengan Umno dengan harapan mendapat sokongan untuk perlaksanaan undang-undang syariah ala Malaysia di Kelantan dan boleh meluluskan pindaan RUU 355
Tiba-tiba Umno yang menyokong pindaan RUU 355 itu dikecam oleh rakan bukan Islam. Maka Umno terus diam tidak berani layan Pas
dan RUU 355 juga seakan-akan tidak muncul di Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Hanya rang undang-undang kerajaan dan Bajet 2017 yang menjadi fokus utama.
Ditipu berkali-kali
Kesenyapan Umno itu mengundang kritik dalam kalangan ahli Pas yang ‘kurang walak’. Bagi mereka, telah berkali-kali pimpinan Pas diingatkan agar jangan tertipu oleh Umno.
Tetapi juak-juak Pas yang ada dalam Umno dan NGO Umno ‘dok bodek, dok siram, dok tepuk, dok usap’ pimpinan Pas supaya yakin bahawa Umno pun orang Islam dan mereka akan sokong RUU 355.
Mufti-mufti yang selama ini cenderung agar Pas bekerjasama dengan Umno pun mainkan jarum mereka isytihar sokongan atas RUU 355. Maka tenggelamlah pimpinan Pas dalam temberang dan bodek Umno.
Bajet Umno pijak rakyat
Mana ada bajet yang pembangkang pernah setuju sama ada naik gaji atau turun cukai yang diusulkan BN selama kini. Tetapi oleh kerana majoriti di parlimen sentiasa menyebelahi BN maka mereka mudah meluluskan bajet.
Kali ini heboh MP pembangkang keluar dewan masa pembentangan bajet 2017
Hanya MP bengong sahaja tidak faham psiko cara serang membantah bajet BN maka mereka terus duduk melongo dalam dewan dan mengecam rakan pembangkang yang lain.
Tidak timbul isu MP hina dewan atau hina PM apabila keluar dewan masa PM berucap. Bahkan tindakan itu disebabkan Tuan Speaker yang menghalau MP pembangkang ketika pembentangan bajet hampir berakhir
Hashim Jasin Mursyidul baharu

Ingat dah tak ada tok guru lagi hendak dinobatkan sebagai Mursyidul Am Pas selepas kematian Haron Din. Tiba-tiba mantan Adun di Perlis dan orang lama dalam Dewan Ulama Pas dipilih mengantikan Haron
Sepatutnya Tuan Presiden Tuan Guru Hj Hadi pegang jawatan itu untuk memudahkan lagi beliau menerajui parti
Dalam banyak-banyak Mursyidul Am Pas, hanya Tok Guru Nik Aziz yang dilihat berwibawa mengemudi parti sehingga sangat disukai kawan dan lawan. Sehinggakan pimpinan DAP pun sanggup tutup mulut dan tidak lagi menentang Islam
Kata Tok Guru Nik Aziz, kejayaan dakwahnya ialah bilamana DAP tidak lagi hina Islam yang diperjuangkan Pas. Namun keadaan kini telah terbalik dan segala usaha Nik Aziz nampaknya akan sia-sia belaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA