Rabu, 26 Oktober 2016

Perbuatan simbah cat merah, bacol dan pondan, kata MP Kuantan

Tidak cukup dengan perbuatan menyimbah cat merah di kereta anak Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, kini Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan pula turut disimbah cat merah oleh individu tidak bertanggungjawab.
Kejadian berlaku pada jam 11.36 malam itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tidak jauh daripada lokasi kejadian malam tadi.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, kehadiran dua lelaki menaiki motorsikal telah menyimbah cat di pintu hadapan pejabat pusat khidmat yang terletak di NoA137 Jalan Beserah, Kuantan itu.
"Dua orang menggunaka topi keledar datang simbah cat...macam tindakan along caranya.
"Bagi saya ini perbuatan bacol dan pondan kerana menyimbah cat pada waktu malam ketika keadaan sunyi di pusat khidmat yang memberi khidmat kepada masyarakat setempat," ujarnya ketika kepada Malaysia Dateline.
Kejadian simbah cat di pejabat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Kuantan disyaki dilakukan oleh pihak yang tidak berpuashati dengan Bersih.Kejadian simbah cat di pejabat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Kuantan disyaki dilakukan oleh pihak yang tidak berpuashati dengan Bersih.Menurut Fuziah lagi, perbuatan dua suspek yang menyimbah cat merah seperti dirakam CCTV itu diibaratkan memberi  mesej 'ugutan' yang mana beliau mengesyaki tindakan tidak berpuashati yang dilakukan oleh kumpulan baju merah terhadap konvoi Bersih di Kuantan minggu lalu.
"Kita tidak pasti apa motif mereka nak simbah cat. Tetapi selalunya perbuatan ini dilihat sebagai satu ugutan.
"Apa yang kita suspek kita tak boleh nak pastikan mungkin ia ada kaitan dengan kejadian dua hari lalu (Isnin).
"Memang kita tidak mahu kaitkan tetapi khuatir ia ada kaitan dengan insiden baju merah lakukan provokasi terhadap baju kuning di Rompin..kita harap tidaklah begitu.
"Tetapi tindakan menyimbah cat itu satu perbuatan yang tidak bertamadun.

"Kita tahulah jejak mereka seperti mana berlaku kepada kereta anak Maria Chin...kita harap pihak polis dapat menghentikan perbuatan mereka ini.
"Apapun isu kita boleh duduk berbincanglah," ujarnya.
Minggu lalu beliau berada di Kuantan untuk acara penyerahan dan pelancaran obor di Kuantan dan kembali semula ke Kuala Lumpur.
Ketika berita ini ditulis, Fuziah masih berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri sidang dewan rakyat di Parlimen ujarnya beliau akan membuat laporan polis dengan kejadian berlaku.
Sebagai rekod pada 20 Oktober lalu, kereta kepunyaan anak Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah disimbah cat merah di perkarangan rumah beliau.Laporan polis juga telah dibuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA