Sabtu, 22 Oktober 2016

Pengusaha teksi terkejut Bajet 2017 ‘malapkan’ pelancongan

Limpahan sektor pelancongan meningkatkan pendapatan industri teksi, jelas Shamsubahrin
UberPETALING JAYA: Pengusaha teksi terkejut Bajet 2017 ‘malapkan’ sektor pelancongan selepas mendapati kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan.
“Saya terkejut dengan pembentangan bajet kali ini dan saya ingin mempersoal kerana Kementerian Pelancongan dibawah Datuk Seri Nazri Aziz tidak dapat perhatian yang meluas.” kata Penasihat Big Blue Capital Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail di satu sidang media di KLCC hari ini.
Jelasnya ia memberi kesan kepada industri teksi memandangkan pendapatan teksi juga bergantung kepada kehadiran jumlah pelancong ke Malaysia.
“Pelaburan tingkatkan pelancongan penting kerana ia membantu meningkatkan pendapatan industri teksi, jadi salah satu kepincangan Bajet 2017 adalah tidak ada penekanan dibuat kepada sektor pelancongan,” katanya.
Bagi sektor pelancongan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan lima langkah promosi dan penambahbaikan iaitu:
  • Peruntukan RM400 juta antaranya untuk inisiatif clean air dan pelancongan eko.
  • Tempoh permohonan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baharu bertaraf 4 dan 5 bintang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018.
  • Potongan cukai untuk sektor swasta yang menaja pertunjukan kesenian, kebudayaan, warisan tempatan dan luar negara dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM700,000.
  • Mempromosi Malaysia melalui kempen Tahun Melawat Asean@50, Sukan Sea dan Sukan Para Asean 2017.
  • Meluaskan eVisa ke negara rantau Balkan dan Asia Selatan bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA