Jumaat, 28 Oktober 2016

Pemimpin BN semua hipokrit, kata Dr Mahathir

Merekalah sebab mengapa Najib masih bertahan, kata bekas perdana menteri itu
mahathir-bn-1
PETALING JAYA: Pemimpin Barisan Nasional (BN) semua hipokrit kerana terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun mereka sedari kesalahannya, kata Dr Mahathir Mohamad.
Dalam catatan blog hari ini, bekas perdana menteri itu berkata pemimpin BN yang menguar-uarkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan Najib tidak bersalah berhubung hutang 1Malaysia Development Berhad, cuba memperbodohkan diri sendiri dan orang lain.
“Mereka sebenarnya cuba menipu diri dan menipu masyarakat. Mereka bersikap hipokrit.
“Mereka tahu tindakan Pendakwa Raya menghalang proses perundangan adalah salah,” kata Mahathir, dan menambah amat malang kita mempunyai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat “hipokrit” yang terus menyokong Najib.
Katanya di negara lain, pemimpin yang berada dalam kedudukan Najib akan meletak jawatan atau digantung sementara disiasat.
Beliau turut memetik dakwaan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail memaklumkan kepadanya akan berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik Najib, ketika mereka masih dalam kerajaan.
“Sekarang (bekas menteri kewangan II) Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula menyoal berkenaan 1MDB dan pengurusannya,” tambah Mahathir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA