Isnin, 24 Oktober 2016

Pembentangan Bajet 2017 gagal banteras rasuah

Wan Azizah
KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 21 Oktober lalu di dakwa tidak memberi penumpuan kerana agenda  membanteras rasuah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan 2017 berkata, sepatutnya agenda memerangi rasuah perlu diutamakan kerajaan.
"Saya meneliti setiap helaian teks ucapan Najib dalam Bajet 2017, namun beliau tidak menyebut peri pentingnya memerangi gejala rasuah di kalangan  penjawat awam , rasuah mendapatkan kontrak, penyelewengan dana awam dan penyalahgunaan kuasa," katanya dalam Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Ujarnya, ‎ berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah Corruption Perception Index (CPI) bagi tahun 2015 Malaysia berada di tangga 54 berbanding negara jiran Singapura di tangga ke lapan.
"Lebih mengejutkan, menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Time.com bertarikh 17 Mac 2016, Malaysia merupakan negara kedua selepas Brazil di dalam senarai negara paling korup di dunia," katanya.
Dalam pada itu dakwanya,  kerajaan hanya 'berlakon' dalam agenda memerangi gejala tersebut.
"Malangnya dalam usaha membanteras rasuah yang penuh sandiwara hanya ikan bilis ditangkap manakala ikan jerung terlepas.

"Namun, jumlah dedak rasuah ikan bilis yang berenang dalam kolam Jabatan Air Sabah sudah pun melebihi 114 juta wang tunai tidak termasuk beberapa kereta mewah, geran tanah, barang kemas, beg tangan mewah dan sebagainya," katanya lagi.
Katanya, gejala rasuah ini telah menyebabkan rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan perit dan susah.
"Bencana Korupsi Nasional pada Tangga ke 54 ini terus menimpa rakyat yang sudah jatuh tersungkur dengan kos sara hidup meninggi, hutang isi rumah membengkak, paksaan GST yang mengganas serta kadar gaji mendatar ditambah bahana penyelewengan yang berterusan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA