Jumaat, 21 Oktober 2016

Pembantu PM marah dihalang masuk Dewan Rakyat

Selepas panggilan telefon ringkas, pegawal membenarkan sekumpulan pegawai daripada PMO masuk.
pmo_bajet
KUALA LUMPUR: Kekecohan terjadi di Parlimen hari ini sebelum pembentangan bajet, selepas beberapa pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat.
Salah seorang pegawai didengar menuntut penjelasan daripada pengawal kerana beliau dihalang daripada memasuki Dewan Rakyat bagi ucapan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Adakah anda serius?Saya menelefon KSU (ketua setiausaha) sekarang.
“Bercakap dengan beliau. Anda akan tahu siapa saya,” katanya.
Selepas panggilan telefon ringkas, pegawai berkenaan membenarkannya masuk.
Bagaimanapun, terdapat beberapa pegawai lain daripada PMO juga berhenti di pintu masuk.
“Saya dari PMO. Kenapa saya tidak boleh masuk?” soal seorang daripada mereka bertanya kepada pengawal, yang kemudian menjelaskan hanya menteri dan setiausaha agong sahaja boleh masuk.
“Saya tidak percaya ini. Tag kami jelas menunjukkan kami adalah dari PMO,” jawab pegawai berkenaan.
Seorang pegawai yang seakan-akan tidak mempercayai kejadian itu,
memberitahu pengawal beliau adalah sebahagian daripada pasukan bajet.
Kumpulan itu kemudiannya dibenarkan masuk selepas salah seorang pegawai dilihat berbisik kepada pengawal.
“Hari yang penuh tekanan. Teruskan kerja dengan baik,” kata salah seorang daripada mereka sementara Dewan menunggu ucapan belanjawan bermula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA