Jumaat, 28 Oktober 2016

Pembangkang perlu bersaing dengan kerajaan di kawasan luar bandar

Kekurangan tumpuan pembangkang di kawasan luar bandar akan memberi kesan kepada mereka pada pilihan raya kelak, kata Ong Boon Keong.
Ong-Boon-KeongPETALING JAYA: Pembangkang perlu meningkatkan kehadiran mereka di kawasan luar bandar jika mahu memperoleh kejayaan dalam pilihan raya, kata Ong Boon Keong.
Aktivis dan pengasas NGO, Lightup Borneo, berkata sebab utama masyarakat luar bandar menyokong parti pemerintah adalah kerana kekurangan relatif kehadiran pembangkang di negeri itu.
“Penduduk luar bandar menyokong parti pemerintah yang mengambil kesempatan terhadap mereka. Mereka (parti pemerintah) seolah-olah tidak merasakan yang mereka perlu berjuang bagi mendapatkan undi luar bandar.
“Ini kerana pembangkang tidak cukup memberi tekanan ke atas kerajaan. Mereka tidak boleh, atau tidak mahu mencabar kerajaan, terutama apabila mereka tidak menunaikan segala janji,” katanya kepada FMT.
Menurut beliau, pembangkang tidak melihat kejayaan pilihan raya berbaloi dengan usaha berterusan bagi menyediakan kemudahan asas seperti elektrik.
Ong menegaskan ini adalah kerana “permainan pilihan raya” Malaysia sengit berlaku di kawasan bandar, walaupun keputusan bergantung pada kerusi di luar bandar.
“Pembangkang membuat banyak kemajuan di kawasan bandar. Bagaimanapun, keputusan bergantung pada kerusi luar bandar.
Melainkan terdapat demokrasi kompetitif di kawasan luar bandar, pembangkang tidak akan mendapat apa-apa keuntungan.
Ong menyedari idea “pengundi tidak berfikir” muncul setiap kali selepas pilihan raya, dengan menuduh penduduk luar bandar tidak berfikir.
“Tetapi sebenarnya banyak bandar kecil, lebih separuh daripada penduduknya bukan pengundi berdaftar. Jadi ia tidak sepenuhnya benar yang kebanyakan mereka menyokong ahli politik yang sama.

“Jika pembangkang tidak hadir berjumpa masyarakat luar bandar, adalah tidak rasional bagi penduduk luar bandar memberi sokongan kepada mereka, terutama apabila mereka hanya muncul bila pilihan raya semakin hampir. Terdapat kurangnyakehadiran dan profil calon alternatif di kawasan luar bandar,” kata Ong.
Ong, yang kini bersama Lightup Borneo ditubuhkan untuk menyediakan bekalan elektrik percuma di kawasan luar bandar, mengulas mengenai kemunduran umum infrastruktur di kawasan-kawasan ini.
“Beberapa tahun kebelakangan, pada 2012 di Sabah dan 2010 di Sarawak, kedua-dua kerajaan negeri diberikan geran bernilai berbilion ringgit untuk menyediakan elektrik, tetapi sehingga sekarang, tiada apa berlaku.”
Tambahnya, adalah pelik apabila parti-parti pembangkang tidak melampaui slogannya sesekali bagi memberikan tekanan kepada kerajaan melaksanakan inisiatif tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA