Ahad, 23 Oktober 2016

Pemansuhan bajet pampasan tol bermakna kadar tol lebuhraya akan naik

Berita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekatBerita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekat
Rakyat Malaysia berasa senang hati (feel good) dengan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, itu kerana beliau hanya mengumumkan berita baik sahaja. Berita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekat.
"Salah satu berita buruk, yang pada khemat saya paling teruk adalah kadar tol yang mungkin dinaikan secara mendadak tahun 2017," kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, selama ini setiap tahun, kerajaan telah sediakan sejumlah peruntukan di bawah Maksud Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol. Pada Bajet 2015, kerajaan sediakan RM 459 juta untuk tujuan tersebut.
"Untuk Bajet 2016, kerajaan sediakan RM 593 juta untuk Pampasan Tol.
"Ekoran daripada pampasan ini, kadar tol 8 lebuhraya yang sepatutnya naik pada Januari 2016, belum dinaikan sehingga sekarang.
"Mengikut Menteri Kerja Raya juga, selama 25 tahun kebelakangan ini, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM 4.07 billion kepada 28 lebuhraya di seluruh Negara.
"Untuk bajet 2017, Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol sudah "hilang" atau dibatalkan. Ini menimbulkan banyak persoalan dan saya minta Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof menerangkan kepada rakyat secepat mungkin," katanya.
Beliau menjangkakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membayar pampasan kepada pengusaha lebuhraya dan akibat daripada itu, kadar lebuhraya akan dinaikan.
"Saya tidak pasti berapa lebuhraya yang akan menuntut supaya kadar tol dinaikan pada tahun 2017.
"Yang sudah pasti, mengikut kenyataan Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof, bahawa kerajaan sedang berunding dengan beberapa lebuhraya termasuk lebuhraya utara selatan," katanya.
Beliau mahu menteri memberi penjelasan yang berterus terang kerana rakyat dan terutamanya syarikat-syarikat sedang membuat bajet dan pelan kewangan mereka sekarang.

"Kenaikan kadar tol lebuhraya akan menjejaskan perancangan mereka," katanya.
Beliau juga amat bimbang bahawa pemansuhan sama sekali 080100 Bayranan Pampasan Tol dalam Bajet Kementerian Kerja Raya, adalah satu dasar kekal (permanent) yang ingin menghentikan segala subsidi kepada rakyat.
"Rakyat Malaysia telah merasai bebanan hidup yang sangat tertekan selepas pembatalan pelbagai subsidi termasuk minyak petrol, diesel, elektrik, minyak masak, gula, dan sebagainya.
"Adakah pemotongan pampasan tol ini selama-lamanya atau hanya untuk tahun 2016?
"Saya mohon menteri memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.
Pihak kerajaan katanya, perlu segera menjelaskan berapakah kadar kenaikan setiap lebuhraya?
"Berapakah pampasan yang dituntut daripada kerajaan," katanya
Yang sudah pasti menurutnya, jangan percaya dengan segala "berita baik" daripada Perdana Menteri, kerana "the devil is in the details".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA