Isnin, 24 Oktober 2016

“Pemandu Uber berpeluang jadi Pengerusi GLC,” sindir Azizah

Ucapan membahas Belanjawan 2017 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencuit hati Ahli Dewan Rakyat apabila beberapa kali beliau menyindir beberapa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan belanjawan Jumaat lalu.
wan-azizahAntaranya apabila Dr Wan Azizah menyeru supaya anak muda bekerja sebagai pemandu uber dan berkemungkinan ditawarkan menjadi Pengerusi syarikat milik kerajaan seperti mana Datuk Wahid Omar.

“Buktinya, Perdana Menteri sendiri meminta agar rakyat berjimat berbelanja dan hanya makan di kedai mamak serta menjadi pemandu Uber untuk menambah pendapatan.
“Jika kita mahu tahu bagaimana rasanya menjadi pemandu Uber, bolehlah bertanya kepada Datuk Wahid Omar yang menjadi pemandu Uber dan akhirnya menjadi Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).
“Saya menyeru semua anak muda jadilah pemandu Uber, mana tahu mungkin ada peluang untuk menjadi Pengerusi GLC pula satu hari nanti,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan Belanjawan 2017 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Dr Wan Azizah ketika menutup ucapannya turut menyampaikan pantun yang sekali lagi menempelak Najib dan Barisan Nasional (BN).
“Si tukang riba disebut lintah darat, Si hidung belang disebut buaya darat, pedagang banyak hutang itulah konglomerat, Mereka yang berhutang yang bayar la kok rakyat?
“Aduh cantiknya si janda kembang, Sedap menyanyi si jali-jali; Hujan emas di rantau orang, Banjir hutang di negeri sendiri,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA