Jumaat, 21 Oktober 2016

PAS tak boleh terima Bersih dahulu pijak gambar pemimpin

PAS juga tidak dihubungi secara rasmi oleh PPBM untuk bekerjasama, kata setiausaha agung parti Islam itu.
Datuk-Takiyuddin-Hassan
KOTA BHARU: PAS memutuskan tidak menyertai Bersih 5 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta Bersih 4 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.
“Selain dilihat sudah ‘lari’ daripada fokus asal, kami juga tidak menafikan tindakan peserta pada Bersih 4 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya kepada pemberita selepas
Ceramah 26 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan – Membangun Bersama Islam di sini, malam tadi.
Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Takiyuddin berkata PAS memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan Bersih 5 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.
Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA