Jumaat, 28 Oktober 2016

PANDIKAR ‘SECRET WEAPON’ NAJIB? MUHYIDDIN, HUSNI & SHAFIE MUNGKIN LANGGAR SUMPAH KERAHSIAAN


Bekas anggota Kabinet yang terlibat dalam perbahasan Bajet 2017 mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Pasal apa yang saya dengar kelmarin, keputusan kabinet konon tidak dilaksanakan. Itu adalah informasi dalam kabinet,” kata Pandikar pada sidang akhbar di bilik resepsi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ucapan-ucapan oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal telah melanggar mana-mana peraturan dewan.
Ini kerana ketiga-tiga ucapan mereka menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.
Muhyiddin dalam ucapannya semalam menegaskan bahawa kabinet tidak berunding mengenai pembentukan 1MDB dan merahsiakan kedudukan kewangannya sehingga skandal itu meletus.
Pandikar berkata, dalam pengalamannya sebagai bekas menteri sendiri, anggota-anggota kabinet perlu mengangkat sumpah kerahsiaan.
“Kita tak akan menzahirkan kepada sesiapa. Tak boleh bisik kepada bini pada waktu malam,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA