Khamis, 27 Oktober 2016

Pandikar pertimbang Najib berdepan jawatankuasa Parlimen kerana mengelirukan ahli Parlimen

Speaker meminta diberikan masa dan peluang bagi mempertimbangkan wujudnya keperluan membawa Najib menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
pandikar_Steven-Sim_bajet_600
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengelirukan ahli Parlimen semasa pembentangan Bajet 2017.
Beliau mengulas usul yang difailkan Steven Sim (DAP-Bukit Mertajam), yang semalam meminta Najib dibawa menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
“Parlimen sekarang luar biasa. Tidak pernah dalam mana-mana Parlimen, terdapat percanggahan hingga menyebabkan orang yang membentangkan di Parlimen dituduh mengelirukan Dewan.
“Saya sedang mempertimbangkan jika ada keperluan untuk itu. Beri saya peluang menyiasat dan selepas itu, saya akan membuat keputusan.
“Anda perlu ingat dalam Peraturan Mesyuarat, kes prima facie perlu diwujudkan terlebih dahulu,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat petang ini.
Sim meminta kemas kini terhadap usul yang beliau failkan semalam, memberitahu pemberita selepas itu apa yang diumumkan Najib pada Jumaat lepas adalah “sama ada tidak dijumpai di dalam, atau sebahagian besarnya berbeza daripada dokumen bajet.”

Beberapa percanggahan disenaraikan Sim dan DAP Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, termasuk antara lain, pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menerima peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar di seluruh negara.
Sim bagaimanapun mendakwa dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kKementerian induk SKMM, hanya RM57.5 juta diperuntukkan di bawah “perbelanjaan pembangunan” bagi “Projek Jalur Lebar”.
Beliau juga mengetengahkan 2 program kesihatan kritikal wanita iaitu saringan mamogram dan vaksinasi HPV, mengatakan kedua-duanya sudah ditetapkan sifar dalam Bajet 2017, tetapi masih dilihat dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA