Isnin, 24 Oktober 2016

Pakatan Harapan runding dengan PAS

Saifuddin membayangkan beberapa pengumuman penting pada Konvensyen Pakatan Harapan bulan depan.
Saifuddin-AbdullahKUALA LUMPUR: Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP dan Amanah sudah memulakan rundingannya dengan parti pembangkang lain termasuk PAS dalam menjalinkan kerjasama melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua sekretariat gabungan itu, Datuk Saifuddin Abdullah turut membayangkan beberapa pengumuman penting termasuk kabinet bayangan pada konvensyen yang akan diadakan pada 12 November.
Saifuddin berkata rundingan turut diadakan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ia (konvensyen) akan memberikan gambaran tentang kabinet bayangan,” katanya pada sesi soal jawab majlis pelancaran buku “The End of Umno?” hari ini.
Beliau ditanya mengenai kritikan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan yang menyifatkan Pakatan Harapan tidak menunjukkan kesediaan menggantikan BN, termasuk kegagalan mengumumkan kabinet bayangan.
Gabungan pembangkang sebelum ini menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, bagaimanapun tidak pernah secara jelas mengumumkan kabinet bayangan.
Saifuddin mengakui masalah yang dihadapi Pakatan dan meminta semua pihak “bersabar”.
“Ada kalanya (masalah) melangkaui imaginasi kami, tetapi kami perlu muncul sebagai barisan pembangkang yang bersatu,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA