Sabtu, 22 Oktober 2016

Noh kata BERSIH biadap sebab pembangkang biadap

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan gabungan Pillihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai biadap kerana mencontohi sikap pemimpin pembangkang.
"Siapa di belakang kuning (BERSIH)? Ialah pembangkang.
"Kenapa kuning dia bertindak agak biadap, sebab pemimpin dia juga biadap,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia 2016 di Pusat membeli belah Mid Valley di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau merujuk tingkah laku anggota parlimen pembangkang semasa pembentangan Belanjawan 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen semalam.
Semalam sebahagian MP pembangkang keluar dari Dewan Rakyat semasa Najib membentangkan belanjawan dan mengangkat plakad 'Siapa MO1'.
"Semalam di dalam parlimen, you tengok, pembangkang, itu biadap. Contradict (bertentangan) peraturan 41(1). You tulis dalam Malaysiakini, pembangkang biadap, sebab itu kuning pun biadap," katanya.
BERSIH sebelum ini mengadakan konvoi selama tujuh minggu menjelang perhimpunan besar-besaran pada 19 November depan, yang menyaksikan beberapa pertembungan dengan gerakan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Md YUnos.
Ini termasuk satu insiden di mana seorang peserta BERSIH dikepung dan diserang oleh sekumpulan anggota Baju Merah serta kejadian di mana petugas media dikasari penyokong anti-BERSIH itu.
Terdahulu, dalam majlis yang sama hari ini, apabila ditanya mengenai kekecohan tersebut, Noh meminta wartawan bertanya kepada BERSIH mengenai perkara itu terlebih dahulu.
"You go and ask kuning, mengapa dia buat (konvoi)? No kuning, no merah lah. Why you nak blame merah? Itu, you pergi tanya kuninglah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA