Isnin, 24 Oktober 2016

Nik Abduh: Umno-Pas bersatu realisasi pindaan Akta 355


KUALA LUMPUR  – UMNO dan Pas menunjukkan kesungguhan merealisasikan pindaan Akta 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah sekali gus disifatkan sebagai satu langkah ke hadapan untuk mengukuhkan Islam di negara ini.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, walau bagaimanapun, u­sa­ha untuk mengembalikan umat Islam kepada kesatuan di atas agama yang sebenar itu adalah besar tetapi sukar dan penuh halangan.
“Usaha meminda Akta 355 melalui Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Pas yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dilihat menjadi faktor terbaik yang sedang menyatukan umat Islam di atas jalan agama.
“UMNO dan Pas sa­ling menunjukkan ke­­sung­guhan untuk men­­jadikannya satu ke­nyataan dan mengang­gapnya sebagai satu langkah ke depan ke arah mengukuhkan Islam di dalam negara. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Islam juga menyatakan sokongan yang besar,” katanya dalam kenyataan menerusi harakahdaily.net, hari ini.
Nik Mohamad Abduh berkata, usaha penyatuan menerusi pindaan akta itu bukan mudah kerana wujud kumpulan yang terlalu mahu menjaga kepentingan mereka sekali gus enggan menerima kelebihan kumpulan lain yang bertentangan dengan mereka.
Katanya, ini mendorong sebahagiannya pula menentang secara keras manakala sebahagian lagi cuba mencipta halangan dengan perbahasan-perbahasan teknikal yang boleh sahaja dibaiki pada masa akan datang.
“(Ini bertepatan dengan sifat) sebuah undang-undang yang se­ring ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA