Isnin, 31 Oktober 2016

Najib tak pernah gagal bayar cukai setiap tahun, kata menteri Umno

Najib Bayar Tak Cukai "Derma" Ni...???
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar cukai pendapatan pada setiap tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen hari ini.
Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) yang bertanya sama ada Najib akan mengiystiharkan kepada umum penyata cukai pendapatan beliau dan isterinya seperti dilakukan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan bekas Perdana Menteri Britain, David Cameron.
Dr Ko juga bertanya sama ada pasangan itu akan mengisytiharkan kepada umum senarai badan amal yang menerima sumbangan peribadi daripada mereka.
Bagaimanapun, Azalina tidak kelihatan menjawab soalan-soalan tersebut dalam jawapannya.
"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Razak pada setiap tahun tanpa gagal menjelaskan cukai pendapatan beliau kepada pihak Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) berdasarkan pengiraan dan kadar yang telah ditetapkan oleh LHDN.
"Adalah menjadi prerogatif mana-mana pemimpin untuk memberikan sumbangan kepada mana-mana badan amal," katanya ringkas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA