Isnin, 24 Oktober 2016

Mengapa tiada tindakan terhadap 1MDB, soal Husni

Bekas Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Hanadzlah turut pertikai sebab sebalik tender terhad dalam perolehan kerajaan.
husni-1mdb
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II hari mempersoalkan motif kerajaan menubuhkan 1Malaysia Development Berhad yang beliau dakwa menyaksikan banyak penggelapan berlaku tanpa dikenakan tindakan.
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun) turut mempertikaikan AS$4 bilion (RM16.69 bilion) dilaporkan dalam Aabar Investment PJS Ltd, yang tidak dimiliki IPIC.
IPIC dan anak syarikat Aabar Investments PJS dalam satu kenyataan besama April lepas berkata syarikat Kepulauan Virgin British itu yang mempunyai nama yang hampir sama, Aabar Investments PJS Ltd, “bukan entiti dalam kumpulan mereka”.
“Apakah tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana melabur wang bukan di tempat sepatutnya?” soal beliau ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2017 di Parlimen.
Ahli Parlimen Tambun itu juga menuntut penjelasan tentang unit pelaburan bernilai AS$1 bilion (RM4.17 bilion), yang sepatutnya matang tahun lepas.
Husni, yang meletakkan semua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional, mempertikaikan alasan sebalik keputusan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk meminjamkan RM4 bilion secara sekaligus kepada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
“Lazimnya pinjaman diberi secara berperingkat.”
Beliau turut persoalkan alasan sebalik tender terhad dalam perolehan kerajaan tanpa pengetahuan jawatankuasa tender.
“Juga terdapat perjanjian yang menyebelahi syarikat swasta.”
Beliau menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat kos Lebuhraya Pan Borneo.
Husni berkata meskipun Barisan Nasional mungkin memenangi pilihan raya umum akan datang, beliau tak pasti “apa yang akan berlaku selepas itu”.
Ini kerana, katanya, terdapat banyak isu berkaitan 1MDB yang belum selesai.
Ini menyebabkan syarikat pelaburan itu terdedah kepada risiko, selain daripada hakikat ia disiasat Switzerland dan Britain.
“Apa yang akan berlaku apabila siasatan itu selesai nanti? Apa akan berlaku sekiraya siasatan tidak menyebelahi kita?”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA