Rabu, 26 Oktober 2016

Mengapa k’jaan Umno@Bn rahsiakan pengurus dana Brazen Sky?

Oleh TONY PUA
Apa sebabnya menteri kewangan merahsiakan pengurus dana dan bank kustodian bagi pelaburan “unit” yang dikatakan bernilai AS$940 juta? Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan April yang lalu telah menyatakan bahawa nilai dan aset sejumlah AS$7 bilion (RM28 bilion) tidak dapat dikesan atau disahkan.


Antaranya ialah pelaburan “unit” bernilai AS$940 juta yang pada masa itu disimpan dalam bank kustodian, BSI Bank di Singapura. Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan kewujudan dan nilai semasa pelaburan tersebut sebab 1MDB telah gagal menyerahkan sebarang dokumen daripada BSI Bank kepadanya walaupun dokumen telah diminta selama setahun.
Aset “unit” yang dikatakan bernilai AS$940 juta ini merupakan baki aset yang ditebus daripada pengurus dana di Cayman Islands pada bulan Januari 2015.
Sehingga hari ini, “unit” yang disimpan di BSI Bank ini merupakan misteri sebab kalau 1MDB begitu terdesak kekurangan aliran tunai, sehingga terpaksa menjual aset-aset penting negara seperti penjanakuasa bebas dan hartanah emas seperti Bandar Malaysia kepada pelabur asing, kenapa pelaburan “unit” ini tidak dijualkan dahulu untuk membiayai hutang gergasi 1MDB?
Keengganan 1MDB untuk menyampaikan sebarang matlumat dan dokumen kepada Ketua Audit Negara, dan keputusan Deloitte Malaysia untuk menarik balik pengakuan kepada audit 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 mengemukakan keraguan besar terhadap kewujudan “unit” yang dipegang dalam BSI Bank tersebut.
Kini, lesen perbankan BSI Bank telah dibatalkan oleh kerajaan Singapura kerana didapati bersalah dari segi pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal 1MDB.
Saya telah bertanya kepada Menteri Kewangan, apa telah terjadi kepada “unit” tersebut.
Inilah jawapan yang saya telah terima daripada YB Menteri Kewangan pada Hari Khamis yang lalu.
Beliau menyebut bahawa “Ahli Lembaga Pengarah Brazen Sky Limited mengesahkan bahawa sebuah bank berlesen antarabangsa telah diberi mandate sebagai custodian bank untuk mengambilalih peranan BSI Bank, Singapura.
Ahli Lembaga Pengarah Brazen Sky Limited juga telah melaporkan bahawa tiada perubahan status di dalam nilai pelaburan tersebut.”

Ini merupakan jawapan yang cukup tidak bertanggungjawab daripada menteri kewangan.
Pertama sekali, kenapa menteri tak sebut, siapakah pengurus dana dan custodian bank yang baru?
Apakah kerahsiaan yang diperlukan sehingga nama tidak boleh dimaklumkan kepada Dewan Rakyat?
Dulu bila menteri kewangan ditanya siapa pengurus dana pelaburan 1MDB di Cayman Islands, menteri kewangan sama-sama enggan menamakan nama pengurus dana walaupun beliau menegaskan bahawa ia dilaburkan dalam sebuah syarikat kewangan yang berlesen.
Kini, kita faham kenapa, menteri enggan menamakan syarikat. Ini adalah kerana syarikat pengurus dana pada masa 1MDB membuat pelaburan telah didapati oleh Ketua Audit Negara bahawa syarikat itu tanpa lesen.
Adakah keengganan menteri kewangan untuk menamakan pengurusan dana “unit” ini adalah kerana ia juga tidak berlesen seperti syarikat di Cayman Islands yang dulu?
Adakah menteri kewangan takut bahawa kalau dinamakan, bank kustodian yang baru ini juga akan dibatalkan lesen perbankan seperti apa yang terjadi kepada BSI Bank Singapura?
Kedua, jawapan menteri kewangan tidak boleh diterima kerana beliau bertanggungjawab untuk memastikan kesahihan segala jawapan yang diberikan oleh syarikat yang dikawalnya.
Menteri kewangan tak boleh jawab bahawa ahli lembaga pengarah berkata bahawa apa-apa.
Menteri kewangan kena pasti bahawa nilai “unit” itu benar-benar bernilai AS$940 juta!
It is not right for the Finance Minister to try to protect himself with deniability.
Adalah jelas bahawa kesemua kekurangan keterbukaan dalam jawapan menteri kewangan ini menunjukkan bahawa adanya udang disebalik batu yang disembunyikan daripada rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA