Sabtu, 29 Oktober 2016

Maria Chin ditahan di Sabah ketika edar risalah Bersih


Solidariti untuk Maria di luar balai polis Kota Marudu hari iniSolidariti untuk Maria di luar balai polis Kota Marudu hari ini
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ditahan polis di Sabah hari ini.
Menurut akaun rasmi facebook Bersih, Maria ditahan kerana mengedarkan risalah berkenaan di Langkon, Kota Marudu.
Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk disoal siasat.
"Polis turut mengancam untuk menangkap mereka yang mengambil risalah Bersih," kata Bersih.
Beberapa aktivis berkumpul di luar balai polis bagi menunjukkan solidariti untuk Maria yang tidak dibenarkan ditemani sesiapa.
Bermula 1 Oktober lalu, Bersih menjalankan pameran bergerak di seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.
Perhimpunan itu bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran skandal 1MDB.
Semalam, Maria telah mengemukukan notis kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA