Sabtu, 29 Oktober 2016

Maria Chin dibebas dengan jaminan polis

Ahli jawatankuasa Bersih, Fadiah berkata status tangkapan tidak jelas kerana polis juga ada menyebut Akta Hasutan.
Fadiah Nadwa Fikri
PETALING JAYA: Maria Chin Abdullah, pemimpin kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditahan di Langkon, Sabah, hari ini.
Ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu FMT yang Maria dibebaskan dengan jaminan sehingga diberitahu kelak.
Menurutnya, Maria dipercayai ditahan di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar risalah
“Tiba-tiba sahaja polis datang dan menahan beliau,” katanya.
“Pegawai penyiasat masih mengambil laporannya, tetapi mereka ada menyebut tentang Akta Hasutan. Kami tidak tahu status seterusnya.”
Chin ditangkap di Langkon dan dibawa ke Balai Polis Kota Marudu di mana beliau ditahan, menurut satu posting Bersih di Twitter.
Fadiah berkata polis memberi amaran kepada konvoi jalanan Bersih 5 apabila mereka meninggalkan Kudat, dengan mengatakan apa yang mereka lakukan adalah menyalahi undang-undang.
“Kami berkata tidak ada yang menyalahi undang-undang mengenai konvoi ini, kami sentiasa memaklumkan kepada polis sepanjang masa.”
Kemudian mereka berkata, ‘anda tahu, ia tidak penting, kammi mempunyai kuasa menghentikan anda daripada melakukan ini’,” kata Fadiah.
Tidak lama selepas amaran polis itu, 2 lelaki bermotosikal mula menganggu konvoi itu, manakala polis hanya memerhatikan, kata Fadiah.
“Sejak 5 minggu lalu, pihak polis tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan konvoi itu, jadi mengapa sekarang? Ia agak jelas mereka menyasarkan Maria.”

Awal minggu ini, Maria terlibat dalam perbalahan kenyataan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sama ada notis diberikan untuk perhimpunan Bersih 5, yang dirancang pada 19 November di Kuala Lumpur.
Khalid mendakwa penganjur Bersih 5 sengaja melanggar peraturan dengan enggan memohon permit untuk mengadakan perhimpunan, dalam usaha menarik perhatian dunia terhadap mereka.
Bagaimanapun, Chin berkata Khalid mungkin tidak mengetahui yang satu notis diserahkan pada Jumaat, seperti dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Beliau berkata notis diserahkan kepada ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman dan balai polis daerah Brickfields serta Dang Wangi.
Beliau berkata, polis Brickfields, mengesahkan menerima notis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA