Selasa, 25 Oktober 2016

Mampukah serangan Husni Hanadzlah goyahkan Najib dan Umno?


Kita mungkin tidak terlalu terkejut apabila bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggesa kerajaan supaya prihatin terhadap masalah kewangan negara dengan memetik skandal 1MDB semalam.
Alasan beliau ‘tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain’ sebelum meletakkan jawatan terakhirnya di Kementerian Kewangan Julai lalu sudah memberi gambaran kurang elok terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
datukhusniTeka-teki dan cakap-cakap belakang hampir 90 hari peletakan jawatan Ahli Parlimen Tambun itu akhirnya jelas apabila beliau mengkritik kerajaan BN ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2017 Najib.
“Apa tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana melabur wang bukan di tempat sepatutnya?” soal Husni.
Kata-kata beliau yang senada dengan pemimpin Pakatan Harapan itu sekaligus menempelak tohmahan jahat media pro-Umno dan BN konon dakwaan pembangkang melibatkan isu 1MDB adalah bersifat politik semata-mata. Kini, MP Umno juga sudah mula bersuara.
Jika sebelum ini tentera cyber dan media pro-UMNO menuduh pendedahan Anwar Ibrahim,  Rafizi, Tony Pua, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen pembangkang lain terhadap penyelewengan 1MDB dianggap sebagai fitnah, apa pula kata mereka kali ini?
Dalam ucapannya, Husni turut menggesa kerajaan supaya memikirkan kesan negatif skandal 1MDB terhadap negara.
Beliau juga secara jelas menyekolahkan Presiden partinya sendiri terhadap mainan ‘persepsi’ serta menzahirkan kekhuatiran terhadap peluang BN dalam pilihanraya akan datang.

Apa yang pasti, segala perkembangan terbaru ini merupakan tanda amaran buat Najib dan Umno bahawa ‘bau bangkai’ akibat penyelewengan yang berlaku tidak lagi mampu dikambus begitu sahaja.
Skandal mega terbesar negara melibatkan 1MDB masih tergantung sehingga saat ini. Sudah tentu, sesi Dewan Rakyat kali ini akan terus memanas apatah lagi persoalan mengenai saman sivil DOJ Amerika dinafikan untuk dipertanyakan dalam Parlimen.
Persoalan seterusnya ialah, adakah terjahan Husni kepada Najib semalam benar-benar padu dan mampu memberi kesan positif dalam pembongkaran skandal mega terbesar itu? Siapa lagi di kalangan Ahli Parlimen BN yang akan ‘berpaling’?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA