Selasa, 25 Oktober 2016

Mahal sehingga 30 peratus, kerajaan dicadang wujud kedai harga patut di pedalaman Gua Musang

GUA MUSANG, 24 OKT: Kerajaan dicadang supaya mewujudkan kedai harga patut di kawasan pedalaman di sini memandangkan harga bagi kebanyakan barangan runcit dan keperluan harian mahal 20 hingga 30 peratus dari harga sepatutnya.
tengku-zulpuri1Perkara ini berlaku kerana kedudukan kawasan itu yang terletak jauh daripada pusat bandar Gua Musang dan bertambah buruk setiap kali selepas hujan.
Menurut Ketua Pembangkang DUN Pahang Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, berdasarkan tinjauannya di kedai-kedai sekitar Kampung Kuala Betis, harga barangan yang dijual mahal diantara 20 hingga 30 peratus.
“Dari tinjauan kami, barang-barangan makanan yang dijual sekitar kedai-kedai Kuala Betis berhampiran jalan masuk ke Pos Tohoi dan perkampungan Orang Asli di sini agak mahal diantara 20 hingga 30 peratus daripada harga biasa.
“Sekurang kurangnya mesti ada kedai harga patut yang perlu diwujudkan oleh kerajaan di bagi memudahkan penduduk di sekitar ini membeli barang keperluan harian mereka,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
tengku-zulpuri2Beliau berkata demikian selepas menerima jemputan turut serta dalam konvoi ziarah Orang Asli anjuran Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA) dan Persatuan Orang Asli Semelai Pahang ke Pos Tohoi, Blockade Simpang Petei (Pos Simpor), Pos Bering yang terjejas akibat pembalakan.
Tengku Zulpuri menyerahkan sumbangan makanan kepada wakil penduduk
Program ziarah melibatkan 14 kenderaan pacuan empat roda itu disertai 50 orang peserta bagi meninjau situasi terkini perkampungan Orang Asli Temiar di sana berikutan isu pemusnahan hutan akibat pembalakan selain pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Tiang ada elektrik tiada
Adun Mentakab itu menjelaskan, selain harga barangan makanan yang membebankan, penduduk Orang Asli di sini juga masih kekurangan kemudahan asas dan infrastruktur.
“Tiang elektrik dan kabelnya ada di Kampung Simpor tapi masih belum ada bekalan elektrik lagi.
“Menurut penduduk, tiang-tiang dan kabel ini telah di pasang lebih daripada tiga tahun lalu tapi belum berfungsi, mungkin tunggu janji Pilihanraya Umum ke-14,” ujar beliau.

whatsapp-image-2016-10-24-at-12-46-21-pmSelain itu rombongan juga sempat menziarahi Pos Bering yang menempatkan 17 buah rumah.
“Kampung Bering tiada kemudahan asas. Disini ada sistem elektrik solar tetapi kebanyakan baterinya telah rosak,” jelas Tengku Zul.
Tengku Zul ketika diminta menunjukkan pengenalan di hadangan Pejabat Perhutanan Kelantan sewaktu pulang dari kawasan perkampungan Orang Asli yang terjejas akibat pembalakan.
Beliau mendedahkan, banyak pokok-pokok balak di sekitar kampung Orang Asli yang dilawati telah ditebang dan mengganggu ekosistemserta habitat alam semulajadi.
“Penduduk kampong bergantung kepada air sungai. Tetapi keadaan sungai akan keruh setiap selepas hujan kesan daripada pembalakan cuci mangkuk yang berleluasa di kawasan itu.
“Pembalakan dan pencemaran yang berlaku saat ini menyukarkan mereka untuk mencari rezeki yang mana hutan adalah punca sumber ekonomi mereka utk terus hidup.
Ketika perjalanan pulang, konvoi telah ditahan di di blockade Jabatan Perhutanan Kelantan.
“Saya menerangkan kepada mereka konvoi kami atas prinsip kemanusiaan dan bertujuan untuk sampaikan sumbangan makanan kepada mereka yang terjejas akibat pembalakan,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA