Ahad, 30 Oktober 2016

Khairy gesa polis tutup jalan masuk sekitar Dataran Merdeka

Ia satu keputusan wajar dilakukan Polis Diraja Malaysia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa perhimpunan itu berlangsung, kata ketua Pemuda Umno itu.
khairyKUALA TERENGGANU: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa pihak polis menutup semua laluan ke Dataran Merdeka bagi menyekat kehadiran penyokong perhimpunan Bersih pada 19 November.
Menurutnya lagi, ia satu keputusan wajar dilakukan Polis Diraja Malaysia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa perhimpunan itu berlangsung.
“Kumpulan Baju Merah hanya mengadakan perhimpunan dan perarakan jika kumpulan aju kuning meneruskan perarakan dan perhimpunan,” katanya sebagaimana dilaporan Berita Harian, petang tadi.
Pandangan Khairy yang juga menteri belia dan sukan ini menyokong kenyataan dikeluarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang menurutnya konfrontasi kedua-dua kumpulan boleh diselesaikan dengan mudah jika kedua-duanya berhenti menganjurkan demonstrasi jalanan.
Pada masa yang sama, Khairy turut bersikap terbuka sekiranya terdapat ahli Pemuda yang menyertai perhimpunan kumpulan Baju Merah asalkan asalkan mereka tidak membuat hura-hara atau merosakkan harta benda awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA