Isnin, 31 Oktober 2016

KDNK bukan segala-galanya, kata pakar ekonomi

Negara yang mempunyai keupayaan dalam industri canggih akan memberinya peluang lebih besar untuk berkembang.
Noor-Azlan-Ghazali-1
SUBANG JAYA: Memperoleh status “negara maju” memerlukan lebih daripada sekadar bekerja ke arah meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata pakar ekonomi Noor Azlan Ghazali.
Naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia itu menegaskan, perkara sama penting yang perlu diberi perhatian adalah kemampuan sesebuah negara serta fokusnya terhadap industri yang menuntut tahap lebih tinggi kecanggihannya.
Menjelaskan pandangannya, beliau memberi contoh bagaimana pada 1990, Korea Selatan berjaya berubah daripada menjadi sebuah negara yang keutamaannya menghasilkan pakaian kepada industri lebih canggih dan bagaimana pada 2010, ia memberi tumpuan kepada pembuatan jentera.
Sebaliknya, Malaysia bukan sahaja gagal dalam memberi fokus kepada industri lebih canggih, tetapi kekal dengan “industri lebih rendah” seperti menyediakan buruh murah dan pembuatan pakaian.
Beliau berkata, lebih banyak keupayaan sesebuah negara berkaitan industri canggih, semakin besar kemungkinan besar untuk ia berubah adalah lebih baik.
“Negara-negara berkembang dari masa ke masa dan evolusi boleh diramal. Ramalan berdasarkan apa yang negara itu sedang lakukan,” kata beliau pada satu forum mengenai Kelestarian Pertumbuhan Malaysia dan Transformasi Ekonomi di Universiti Sunway di sini hari ini.
Beliau berkata, untuk memastikan Malaysia membuat perubahan ke arah industri canggih, negara perlu menghentikan pemikiran pertumbuhan produk sebagai proses linear.
“Jika anda pandai memotong, ia tidak bermakna anda memotong kayu dan menjadikannya perabot. Banyak perkara lain memerlukan perkhidmatan memotong, seperti berlian.”
Katanya, Switzerland sangat bagus dalam menghasilkan coklat dan pembuatan jam tangan serta terkenal dalam bidang perbankan, tiada barangan yang berkaitan tetapi semuanya memerlukan ketepatan.
Dalam ucapan Bajet 2017 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan Transformasi Negara 2050 (TN50), pelan yang dikritik sesetengah pihak dengan dakwaan kerajaan cuba menutup kegagalan mereka dalam mencapai Wawasan 2020.
Noor Azlan, bagaimanapun berkata ekonomi negara jauh daripada sebarang status kegagalan.
“Sejak 1990 kita mengalami pertumbuhan KDNK pada kadar 6% setahun. Namun, kita tidak mencapai transformasi.
“Saya percaya kita perlu melihat lebih daripada sekadar pertumbuhan (KDNK).”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA