Isnin, 31 Oktober 2016

KDN: Ridhuan Tee disiasat kerana menghasut

Ridhuan Tee dan Ismail Sabri kini dalam siasatan kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai menghasut.
ridhuan-tee-kdnjpgKUALA LUMPUR: Pendakwah kontroversi Mohd Ridhuan Tee Abdullah sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa sebagai menghasut, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam jawapan bertulis kepada jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata salah satu kenyataan yang dimaksudkan adalah dakwaan Ridhuan yang atlet Cina tidak patriotik kerana mereka hanya mencari ganjaran kewangan.
Ridhuan dalam artikel yang sama, diterbitkan dalam Sinar Harian, juga mendakwa atlet Melayu dipinggirkan dan tidak beri perhatian yang sama sebagaimana bukan Melayu.
“Bagaimanapun siasatan terhadap kes ini masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan,” kata kementerian itu.
Menurutnya, seksyen itu menjadikan ia suatu kesalahan bagi seseorang individu kerana “menghasut mana-mana golongan atau masyarakat melakukan sebarang perbuatan menyakiti terhadap mana-mana kelas atau komuniti lain”.
Kementerian yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu berkata, satu lagi kertas siasatan dibuka terhadap Ridhuan, yang dilaporkan menyentuh sensitiviti masyarakat India dengan mempersoalkan hak-hak mereka, diserahkan kepada timbalan pendakwa raya.
Lim mempersoalkan tindakan kementerian terhadap Ridhuan dan Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam hal Ismail dan gesaan beliau agar orang Melayu memboikot peniaga Cina, kementerian itu berkata kertas siasatan sudah dibuka dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya pada 25 Mac tahun ini.

Ismail dilaporkan membuat kenyataan itu semasa memegang jawatan menteri pertanian dan industri asas tani.
Beliau didakwa membuat kenyataan itu melalui akaun Facebooknya, menggesa perbuatan memboikot, yang menyebabkan akhirnya perniaga Cina tidak mempunyai pilihan tetapi menurunkan harga barangan mereka.
Ismail, bagaimanapun kemudian menjelaskan kenyataan beliau ditujukan hanya kepada mereka yang enggan berhenti mengenakan harga terlalu tinggi bagi perkhidmatan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA