Isnin, 24 Oktober 2016

JASA jangan sombong


Muhammad Syafiq AzmiMuhammad Syafiq AzmiJabatan Hal Ehwal Khas (JASA) diingatkan supaya mengambil pengajaran daripada sikap angkuh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo sebelum ini ekoran insiden pemberian penyapu.
Setiausaha Politik Pengerusi Amanah Negeri Melaka, Muhammad Syafiq Azmi berkata, desakan JASA bahawa mana-mana penjawat awam yang tidak bersetuju dengan Bajet 2017 supaya meletakkan jawatan tidak harus berlaku.
"Inilah sifir mudah kerajaan yang ada hari ini. Mengapa tidak pimpinan saja yang berhenti jika Bajet 2017 yang bukan sahaja tidak disukai penjawat awam malahan rakyat terbanyak?
"Jangan sombong JASA. Ingat peristiwa yang menimpa Khir Toyo selepas respon angkuh beliau dalam tragedi anugerah penyapu suatu ketika dahulu di Selangor? Akhirnya beliau disapu pada Pilihanraya Umum 2008.
"Apakah JASA juga mahu menerima pengajaran yang sama? Jangan sombong kerana kamu ada kuasa," bidasnya.
Menurut Syafiq, pihak kerajaan hari ini perlu belajar untuk berdepan kekalahan pada pilihan raya umum akan datang dan menerima hukuman daripada penjawat awam.

"Kamu kena belajar bagaimana untuk menerima kekalahan daripada sekarang. Bersedialah untuk diarah oleh rakyat untuk kamu meletakkan jawatan nanti.
"Penjawat awamlah yang menghukum kesombongan kamu," tegasnya lagi seperti dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Penasihat JASA, Tun Faisal Ismail Aziz yang juga bekas exco Pemuda Umno dalam laman Tweetnya menulis, ramai akan menggantikan tempat penjawat awam yang berhenti kerana tidak menyokong kerajaan.
"Apa khabar penjawat awam? Kalau rasa tak boleh jadi penjawat awam yang baik dan menyokong kerajaan, sila letak jawatan. Ramai yang nak ganti..," kata Tun Faisal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA