Khamis, 27 Oktober 2016

Jangan politikkan perang menentang jenayah asuhan seksual


KUALA LUMPUR, 27 OKT: Tidak ada statistik kes asuhan seksual (sexual grooming) di Malaysia memandangkan tidak ada undang-undang yang diperuntukkan untuk jenayah ini.
nie chingJusteru penubuhan jawatankuasa bertindak yang diketuai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mengkaji isu melibatkan jenayah seksual terutamanya terhadap kanak-kanak amat dialu-alukan.
Namun, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, jawatankuasa tersebut seharusnya lebih inklusif dan melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang sebelum sebarang rang undang-undang dibentangkan.
“Perang menentang jenayah asuhan seksual bukan sesuatu yang politikal.
“Azalina yang juga pengerusi kaukus wanita di Parlimen pastinya tahu bahawa ahli-ahli Parlimen wanita bersedia mengenepikan perbezaan politik untuk bekerjasama demi kepentingan wanita dan kanak-kanak,” ujar Nie Ching dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, tidak ada keperluan untuk menyembunyikan rang undang-undang tersebut daripada pengetahuan wakil rakyat pembangkang.

Jawatankuasa bertindak telah bersidang dua kali, dan dihadiri wakil-wakil agensi kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara, Kementarian Wanita, Majlis Peguam, pihak polis, dan beberapa badan bukan kerajaan yang terlibat dalam kerja sosial kanak-kanak.
Menurut jawapan Parlimen yang diterima Nie Ching, suatu draf kerangka perundangan khas berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah berjaya dirangka dan dibentang kepada semua ahli dalam mesyuarat pada 4 Oktober lalu.
Cadangan kerangka perundangan tersebut merangkumi pelbagai kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak seperti pornografi terhadap kanak-kanak serta asuhan seksual dalam talian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA