Jumaat, 21 Oktober 2016

Jangan panik ahli keluar Umno..!!

KUALA LUMPUR - Umno tidak perlu panik sekiranya ada ahlinya ingin keluar parti, terutama mereka yang sememangnya 'bermasalah'.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebaliknya kerelaan mereka keluar parti akan memberi kebaikan kepada Umno.
"Apabila parti baru ditubuhkan dan ada orang keluar masuk, biarkan, jangan panik tak bertempat. Malah bagi Umno ada unsur baiknya sebab ada sesetengah personaliti ini bermasalah.
ANNUAR MUSA "Kita nak selesaikan tak boleh, tapi kadang-kadang mereka sukarela pula keluar parti. Alhamdullillah, bagus juga begitu biar mereka yang bermasalah ini duduk setempat," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor serta bekas Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen dan 28 bekas pemimpin cawangan di Melaka dan Selangor yang keluar parti baru-baru ini.
Mengulas mengenai usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang cuba merekrut ahli Umno, Annuar berkata, mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.
"Sebagai parti politik, itu tugas dan hak mereka untuk cari ahli. Kita amalkan sistem politik terbuka di mana sesiapa saja boleh jadi ahli kepada parti pilihan mereka.
"Tidak perlu ada satu keresahan kalau mana-mana parti nak cari ahli kerana akhirnya rakyat yang buat pilihan," katanya.
Menurut Annuar, keahlian bukan segala-galanya kerana sokongan daripada rakyat juga penting.
"Di bahagian saya, ada 15,000 ahli Umno tapi saya dapat undi 26,000 dalam PRU. Apa maknanya? Maknanya ada orang tak jadi ahli tetapi tetap sokong Umno," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA