Selasa, 25 Oktober 2016

INVOKE ajak rakyat bertekad hadir Bersih 5, atasi ugutan Baju Merah


orang ramai boleh melayari laman INVOKE di www.invokemalaysia.org dan satu “pop up” berwarna kuning dengan maklumat mengenai #TEKADBERSIH akan dipaparkan.orang ramai boleh melayari laman INVOKE di www.invokemalaysia.org dan satu “pop up” berwarna kuning dengan maklumat mengenai #TEKADBERSIH akan dipaparkan.Pelbagai kekacauan dan ugutan berunsur jenayah yang dibuat oleh Dato’ Jamal Yunos, pemimpin Baju Merah adalah sebahagian dari rancangan tersusun untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai BERSIH5.

Selain dari mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Dato’ Jamal Yunos dan mereka yang melanggar undang-undang, rakyat tidak boleh berpeluk tubuh dan sewajarnya membuat penyataan yang berani menyanggah niat buruk kumpulan Baju Merah ini. Jika matlamat mereka ialah menimbulkan rasa takut agar rakyat tidak turun, cara terbaik mematahkan misi mereka itu ialah apabila rakyat secara beramai-ramai menzahirkan tekad untuk turun menyertai BERSIH5.

Sebuah badan bukan politik INVOKE melancarkan kempen atas talian yang diberi nama #TEKADBERSIH atau #BERSIHPLEDGE bagi membolehkan orang ramai yang akan turun menyertai Bersih 5 bersedia lebih awal.
INVOKE dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, orang ramai boleh melayari laman INVOKE di www.invokemalaysia.org dan satu “pop up” berwarna kuning dengan maklumat mengenai #TEKADBERSIH akan dipaparkan.
Mereka boleh mendaftar bagi menyatakan tekad untuk turun menyertai Bersih 5 pada 19 November ini.
Kempen ini dibuat susulan pelbagai kekacauan san ugutan berunsur jenayah telah dibuat oleh pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Yunos yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai Bersih 5.
"Selain dari mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Datuk Jamal Yunos dan mereka yang melanggar undang-undang, rakyat tidak boleh berpeluk tubuh dan sewajarnya membuat penyataan yang berani menyanggah niat buruk kumpulan Baju Merah ini.
"Jika matlamat mereka ialah menimbulkan rasa takut agar rakyat tidak turun, cara terbaik mematahkan misi mereka itu ialah apabila rakyat secara beramai-ramai menzahirkan tekad untuk turun menyertai Bersih 5," kata kenyataan bersama Rafizi Ramli, Rashad Tajuddin dan Syukri Razab mewakili INVOKE.

INVOKE berharap dengan lebih ramai rakyat Malaysia menyatakan tekad untuk menyertai Bersih 5 tiga minggu dari tarikhnya, ia akan memberi keyakinan kepada orang lain untuk turut sama menyatakan tekad itu.
"Apabila lebih ramai yang menyatakan #TEKADBERSIH maka matlamat Datuk Jamal Yunos untuk menakut-nakutkan rakyat akan tersasar begitu sahaja tanpa pun perlu bersemuka di atas jalan,"kata kenyataan itu lagi.

Justeru INVOKE menjemput semua pimpinan, aktivis dan rakyat yang prihatin untuk melayari www.invokemalaysia.org untuk menyatakan tekad untuk menyertai BERSIH5.

Bersempena dengan Bersih 5 juga, INVOKE kini memberi hadiah percuma 50 kemeja-t Bersih 5 pelbagai karya yang mempunyai mesej tertentu kepada 50 slogan terbaik di dalam peraduan #untungdaftar yang terus berjalan sejak dilancarkan sebulan lalu.
Kemeja-t Bersih 5 dengan mesej yang unik ini boleh dibeli di eKedai INVOKE di pautan http://shop.invokemalaysia.org dengan lima karya yang dilampirkan bersama.
"Saya (Rafizi Ramli) akan menggayakan kemeja-t versi Jamal Ikan dalam video promosi yang akan dilancarkan Jumaat ini," katanya.

Pemenang-pemenang 50 kemeja-t bagi minggu lepas telah diumumkan melalui satu video yang menyenaraikan slogan-slogan terpilih. Video boleh ditonton di bit.ly/UntungDaftar4

Selain itu, INVOKE juga bersedia menyediakan pentas untuk Jamal berforum bersama bagi menjelaskan kepada pengundi atas pagar kenapa rakyat Malaysia tidak perlu menyertai Bersih 5 jika beliau sudi.
"INVOKE berharap dengan sokongan melalui media sosial yang meluas dan kesanggupan orang ramai tampil ke hadapan menyatakan tekad untuk menyertai Bersih 5, aktiviti kumpulan Baju Merah pimpinan Jamal akan merudum dengan sendiri," kata kenyataan itu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA