Rabu, 26 Oktober 2016

Hudud: Kelantan peruntuk RM1j bangun prasarana material

Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Ketika mana bacaan kedua pindaan Akta 355 di Parlimen menarik perhatian masyarakat, Kerajaan Kelantan membuat langkah susulan bagi merealisasikan Kanun Jenayah Syariah II dapat dilaksanakan di negeri ini.
Dalam pembentangan Bajet 2017 yang bertemakan 'Kelantan Sejahtera untuk Islam', kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi membangunkan prasana material perlaksanan kanun itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebanyak RM1.3 juta pula diperuntukkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan iaitu sebuah jabatan baru yang dipecahkan daipada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik).
“Ini usaha pertama pertama yang dilaksanakan seumpama ini di Malaysia dan insya-ALLAH selepas ini bakal menyaksikan pengasingan bahagian penguatkuasaan Udang-Undang Syariah daripada Jaheik untuk dijadikan jabatan baru,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu membuktikan bahawa usaha Kerajaan Kelantan dalam memartabatkan perundangan syariah di negeri ini bukanlah satu retorik atau momokan kosong.
Terdahulu, Ahmad mengumumkan bajet defisit berjumlah RM42 juta, dengan hasil hutan terus kekal penyumbang terbesar hasil kerajaan.
Katanya,  anggaran hasil negeri pada 2017 dijangka meningkat 43.18 juta kepada RM636.98, berbanding anggaran perbelanjaan mengurus RM679.63.
Beliau berkata, hasil hutan kekal menjadi penyumbang terbesar dengan RM177.20 atau 27.81 peratus daripada keseluruhan hasil.
“Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM4.25 juta ataupun 1.73 peratus dibandingkan dengan anggaran pada 2016 sebanyak RM172 juta,” katanya.

Beliau berkata, hasil hutan lain meliputi royalti kayu-kayan akan menyumbang RM30 juta, manakala bayaran jabatan hutan sebanyak RM 22 juta sementara peremium perhutanan pula sebanyak RM70 juta.
Hasil tanah sebanyak RM 45.54 juta, premium tanah RM 55 juta, perlombongan RM70 juta dan hasil air RM13 juta.
Ahmad yang juga Exco Pentabiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan berkata, kerajaan negeri meneliti secara terperinci anggaran belanjawan bagi memastikan peruntukan yang disediakan adalah merupakan keperluan sebenar jabatan dan mengambil kira kenaikan kos-kos pengurusan.
“Perbelanjaan mengurus pada 2017 amat munasabah dan memenuhi keperluan sebenara setiap jabatan.
"Oleh itu setiap anggota perkhidmatan awam perlu bersedia dan menyumbang ke arah peningkatan prestasi serta produktiviti kerja dalam usaha memenuhi kehendah rakyat selaku pelanggan utama kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, antara lain, Bajet 2017 akan berpaksikan kepada beberapa perkara termasuk mempergiatkan aktiviti dakwah dan bina insan bagi melahirkan rakyat bermotivasi tinggi, dinamik, berbakat serta mengamal nilai-nilai hidup Islam.
Selain itu katanya, kerajaan akan merancakkan aktiviti ekonomi rakyat dengan membuka lebih banyak peluang dalam bidang bidang yang bersesuaian dengan bakat dan persekitaran rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA