Ahad, 23 Oktober 2016

Hapus peruntukan ujian mamogram dan HPV, belanjawan Najib tidak peduli wanita

Belanjawan 2017 membuktikan kerajaan BN telah gagal memberi penekanan terhadap kesihatan golongan wanita kerana telah menghentikan peruntukan bagi ujian mamogram dan HPV.
steven simIa berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana kerajaan pada tahun 2014 telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi dua ujian tersebut manakala pada 2015 sebanyak RM18 juta diperuntukan.
“Pada tahun 2016 pula kerajaan hentikan peruntukan. Tapi setelah pembangkang bersuara ia disemak semula.
“Kini dalam belanjawan 2017, kita dapat lihat perkara serupa berulang,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
Menurut beliau, sejak program ujian kesihatan tersebut dijalankan, seramai 260,000 wanita disaring dan 25,000  telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjut.
“Ini adalah program melibatkan nyawa, melibatkan hidup dan mati.
“Jika GST disasarkan RM40 bilion tahun depan, program kesihatan wanita ini hanya 0.05 peratus daripada perolehan GST,” katanya.
Dibandingkan dengan peruntukan RM260 bilion pada tahun 2017, program kesihatan itu hanyalah melibatkan 0.008 peratus.
“Adakah nyawa wanita Malaysia sudah tidak bernilai lagi kepada kerajaan?” soalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA