Sabtu, 22 Oktober 2016

Golongan OKU kecewa dengan Bajet 2017

Pusat Latihan Malaysia dan Hidup Berdikari (ILTC) berkata beliau kecewa apabila kerajaan hanya mengecualikan GST untuk peralatan bantuan seperti kerusi roda dan kaki palsu.
disabilitiesPETALING JAYA: Banyak kumpulan dan NGO mewakili golongan kurang upaya (OKU) kecewa dengan Bajet 2017, kerana pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan tidak termasuk keperluan harian dan bekalan ubatan.
Presiden Pusat Latihan Malaysia dan Hidup Berdikari (ILTC), G Francis Siva berkata beliau kecewa apabila kerajaan hanya mengetepikan GST untuk peralatan bantuan seperti kerusi roda dan kaki palsu.
“Sekali beli, peralatan itu boleh bertahan sehingga 5 atau 10 tahun.
“Apa yang kami perlukan ialah pengecualian untuk barang yang cepat habis, dan item lagi untuk membantu kami setiap hari. Ini termasuk peralatan perubatan seperti beg urin, lampin pakai buang dan ubat,” katanya.
Beliau berkata satu-satunya perkara baik dalam bajet itu ialah OKU boleh mendapatkan pelepasan GST untuk peralatan bantuan tanpa perlu melalui kumpulan orang kurang upaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelepasan GST bagi pembelian peralatan bantuan untuk OKU berdaftar tanpa perlu melalui organisasi kebajikan.
Sebelum ini, GST tidak dikenakan untuk peralatan bantuan selepas memperoleh syor daripada kumpulan OKU atau pegawai perubatan.
Francis berkata bantuan kebajikan bulanan juga sepatutnya dinaikkan kepada RM500 berbanding RM300 sekarang.
“Kami tidak boleh mendapat pekerjaan yang elok dan tidak ada pendapatan tetap.
“Kami perlu lebih banyak sokongan kerajaan kerana amat susah sekarang. Perbelanjaan harian kami meningkat dan bantuan bulanan kebajikan sekarang tidak cukup,” katanya.
Najib juga mengumumkan RM535 juta akan diperuntukkan kepada kumpulan OKU, dan antaranya ialah elaun pekerja, elaun latihan kanak-kanak OKU dan bantuan kepada mereka yang tidak berupaya untuk bekerja.
Katanya, program itu akan memanfaatkan hampir 150,000 golongan OKU seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA