Khamis, 27 Oktober 2016

Dewan kecoh, MB Selanor tegur Noh Omar jangan campur hal orang lain

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Noh Omar.
Kekecohan itu berlaku ketika Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak menyertai sesi perbahasan dan menyentuh isu pencemaran air di Selangor.

unknown-1Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menjelaskan pencemaran berlaku berpunca daripada Pahang dan Negeri Sembilan, berharap pihak yang menuding jari menuduh Kerajaan Selangor tidak bertindak menangani masalah itu, supaya tidak mencampuri urusan berkenaan.
“Kita mengambil langkah proaktif bagi menjaga keselamatan pengguna domestik dan pemain industri tetapi hari ini kita diserang seolah-olah tiada tindakan daripada Kerajaan Selangor khususnya Tanjong Karang (Noh Omar).
“Saya nasihatkannya fokus kementeriannya dan jangan masuk campur urusan orang lain,” katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Selangor menghargai dan bersedia bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam menangani masalah itu tetapi tidak bersama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Saya tidak akan bekerjasama dengan Tanjong Karang, saya akan lawan habis-habisan.
“Nak jaga udang pun gagal, macam mana nak jaga sungai? soalnya.
Berikutan itu berlaku kekecohan apabila Noh bangkit serta mencelah perbahasan Mohamed Azmin hingga akhirnya Speaker Dewan menangguhkan persidangan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA