Khamis, 27 Oktober 2016

DBKL tak nampakkah banyak gerai warga asing, soal netizen


DBKL didakwa melakukan tindakan berpilih merobohkan gerai milik peniaga Melayu di Lembah PantaiDBKL didakwa melakukan tindakan berpilih merobohkan gerai milik peniaga Melayu di Lembah Pantai
Rata-rata netizen mengecam tindakan  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan beberapa gerai makanan milik peniaga Melayu di Parlimen Lembah Pantai hari ini.
Robohan gerai berkenaan di kawasan pesat membangun itu juga menyebabkan Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar terpaksa meninggalkan persidangan Dewan Rakyat bagi meninjau situasi semasa.
“Operasi meroboh gerai di Lembah Pantai sepanjang Jalan Pantai Murni oleh DBKL. YB Nurul Izzah bergegas meninggalkan Parlimen untuk melawat peniaga yang terbabit,” dipetik dari Facebook Nurul Izzah Anwar yang dimuatnaik kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
Selepas sejam dimuat naik terdapat lebih 30 perkongsian dengan lebih 70 komen berkenaan perkara tersebut antaranya Aishah Rash yang menulis, “Pergi Selayang bersepah warga asing dan penipu timbang tak cukup satu kilo.”
Mazaliffah Md Esa juga mengulas tentang lambakan peniaga warga asing di Pasar Selayang yang terletak di utara ibu negara.
“Kat pasar Selayang warga asing niaga sebelah lori besar DBKL. Kadang-kadang ada serbuan tapi tidak sampai setengah jam mereka datang balik. Halau, datang balik,” ujarnya.
Tindakan penguatkuasaan berpilih DBKL juga dibangkitkan Shahril Tajul Bahar, “Suruh (DBKL) ke Mydin Sinar Kota. Berapa banyak kedai Nepal. Inilah nasib rakyat Malaysia.”
Hal sama turut diperkatakan Ayep Dean yang menganggap Melayu seolah-olah menjadi mangsa penguatkuasaan undang-undang berbanding kaum lain dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Undang-undang Malaysia hanya dikuatkuasakan kepada Melayu saja. Melayu saja yang kena tindakan. Kalau bangsa lain atau PATI mereka bebas tidak terikat dengan undang-undang,” ujar Ayep.
Bahkan, rasa simpati terhadap nasib golongan peniaga Melayu di ibu kota juga dikongsi oleh netizen berketurunan Cina.
“Orang Malaysia lagi susah cari makan berbeza warga asing. Dia orang letak semua barang dekat kaki lima tidak pula ada masalah. Orang Malaysia hendak mohon lesen banyak alasan. Taka da lesen semua sapu,” tegas Rayment Yau.

Walau bagaimanapun, tindakan merobohkan gerai milik Melayu bukan sahaja dilakukan DBKL bahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.
“Sikap PBT macam itulah. Bukan DBKL saja tempat lain pun sama. Berat sebelah,” ujar Saiful Ikram.
Sehubungan itu, terdapat juga netizen menggesa Nurul Izzah supaya seperti saranan Faris Amir, “Harap YB Nuzul Izzah minta DBKL robohkan gerai-gerai PATI.”
Pada masa sama, ramai pengguna Facebook memuji keprihatinan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR yang turun ke lapangan pada kadar segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA