Khamis, 27 Oktober 2016

Dari Ops Lalang sehingga Bersih 5, akta zalim kekal subur di bawah UMNO


kas-ops-lalang27 Oktober (hari ini) merupakan ulang tahun ke-29 tragedi Operasi Lalang yang mempamerkan bagaimana kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1987 menahan lebih 100 suara prihatin rakyat Malaysia – terdiri dari ahli politik, pendidik, aktivis alam sekitar, pemimpin dan aktivis agama, semuanya dipenjara untuk tempoh yang tidak diketahui tanpa sebarang hakim atau juri, dinafikan hak untuk mempunyai peguam serta penahanan tanpa bicara, kononnya untuk melindungi keselamatan negara.
Negara demokratik dibina atas dasar kejujuran, akauntabiliti, hormat dan keadilan untuk semua, yang dari masa ke masa, menjadi identiti teras, nadi dan denyutan jantung rakyat. Sejak 60 tahun lalu, idea-idea budaya seperti itu dianggap kuno, misoginistik, perkauman atau apartheid oleh kerajaan UMNO/BN dalam sokongan mereka terhadap kronisme berasaskan kaum dan ketaksuban agama.
Hari ini, saya menggesa kerajaan Malaysia agar sudah tiba masanya ia mencari kompas moral, menyedari segala salahlaku, meminta maaf kepada rakyat dan secara jujur membuat perubahan bagi memelihara dan mengangkat semangat hak asasi manusia serta sivil seperti yang ditegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan, sebelum ia terus memusnahkan negara ini.
Kerajaan BN secara terang-terangan telah meletakkan kepentingannya melebihi rakyat dan undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan membenarkan pemimpin kleptokratik seperti Najib Tun Razak terus menekan rakyat sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir.
14708148_10157611743275103_6403098282368683524_nSelepas hampir 6 dekad, kerajaan BN di Malaysia masih menggunakan taktik kotor dan lapuk untuk menyakinkan rakyat tentang keperluan parti politik yang perkauman, dasar yang perkauman dan tidak henti-henti menggunakan muslihat 3R – agama, kaum dan Raja (religion, race and Rulers) bagi mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun untuk selama mungkin. Pada masa sama, kerajaan ini juga mencipta Napoleon-Napoleon kecil yang menghalang perdamaian nasional dan mengukuhkan urus tadbir yang buruk.

Dengan ketidakadilan sosial, jurang sosio-ekonomi yang melebar, rasisme dan patriarki berleluasa di Malaysia, kerajaan pimpinan UMNO masih tidak belajar dari kesilapan lalu dan membenarkan politik yang sifar kesopanan, ketelusan dan akauntabiliti.
Kerajaan ini akhirnya mencambahkan budaya politik samseng, rasisme dan keganasan seperti yang boleh dilihat dari ugutan demi ugutan menentang perhimpunan Bersih baru-baru ini.
29 tahun lalu, seluruh warga Malaysia yang patriotik dan berani, lelaki dan wanita telah bangkit tanpa rasa takut untuk melawan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kuno, menindas serta zalim. Akta ini telah dimanipulasi untuk membisukan suara-suara pengkritik dan mereka yang berbeza pendapat.

Human Rights Watch melaporkan bahawa ‘Penghormatan Malaysia terhadap hak asasi manusia telah merudum pada 2015 dengan peningkatan pencabulan kerajaan ke atas pendukung-pendukung hak asasi, aktivis, pemimpin politik dan jurnalis.’
Selepas 59 tahun kemerdekaan, 29 tahun Operasi Lalang serta 6 tahun pemansuhan ISA 1960, Barisan Nasional yang didominasi UMNO telah gagal memelihara hak rakyat – Orang Asal, Orang Asal Sabah dan Sarawak, Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Iban, serta Dayak dengan terus mengenakan undang-undang yang menindas.
Pada masa sama, Barisan Nasional menyalahgunakan akta sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, serta Akta Universiti dan Kolej Universiti, malah memijak hak rakyat Malaysia untuk berhimpun, kebebasan bersuara, hak untuk agama, hak berbeza pandangan serta hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Apa yang telah dilakukan oleh UMNO/BN untuk perdamaian nasional selepas tragedi Operasi Lalang? Apa dasar-dasar yang telah dibincangkan, apalagi dilaksanakan bagi menyambung kembali silaturrahim antara kaum, agama, bahasa dan budaya berbeza agar prinsip bersatu-padu, patriotisme dan keadilan sosio-ekonomi kembali subur di kalangan rakyat?
UMNO/BN sebenarnya telah secara sistematik menguatkan cengkaman kuku besinya ke atas kebebasan, ketelusan, keadilan dan kesaksamaan yang merupakan asas terpenting kepada prinsip Malaysia untuk rakyat Malaysia (Malaysian Malaysia).
DAP pada hari ini memberi penghormatan kepada semua tahanan lelaki dan wanita yang diragut kebebasan mereka dalam Operasi Lalang. Mereka adalah wira yang sanggup berdiri dengan penuh gagah tanpa gentar, untuk menjadi suara hati nurani kepada ramai rakyat Malaysia lain yang tidak bersuara, golongan minoriti, golongan tertindas dan melarat, serta mangsa-mangsa kepada politik perkauman dan ketaksuban agama demi berjuang untuk kebenaran.
ISA 2.0 yang zalim dan menindas itu secara perlahan-lahan telah dikembalikan dan diberi nafas baru oleh UMNO/BN dalam kriminalisasi politik menentang hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA