Jumaat, 21 Oktober 2016

DAP dakwa Bajet 2017 Najib defisit 20 tahun berturut-turut

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata Najib mengemukakan belanjawan defisit RM43.15 bilion dalam pembentangan kali ini.
Nga-Kor-Ming-najib
PETALING JAYA: Pembentangan Bajet 2017 yang bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencatatkan rekod baharu kerana meneruskan bajet defisit 20 tahun berturut-turut.
Nga Kor Ming (DAP-Taiping) berkata Najib mengemukakan belanjawan defisit RM43.15 bilion dalam pembentangan kali ini.
“Defisit kali ini berjumlah 3.15% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ini menunjukkan kerajaan BN gagal menepati sasaran defisit kurang dari 3.1%,” katanya kepada FMT.
Katanya, hutang negara juga terus meningkat hingga mencecah RM29.17 bilion.
“Hutang negara terus meningkat. Jumlah kos bayar hutang negara meningkat dari RM26.5 bilion menjadi RM29.17 bilion. Dengan kata lain, 11.1% dari jumlah bajet digunapakai untuk bayar hutang dan setiap bulan RM2.46 bilion terpaksa diguna untuk membayar hutang.
“Jumlah belanja tinggi tetapi pembangunan amat kurang. Daripada jumlah RM262.8 bilion yang diperuntukkan untuk bajet 2017, setinggi 81.7% untuk belanja mengurus, hanya 18.3% saja untuk belanja membangun.
“Hutang negara dan hutang jaminan kerajaan kini melebihi paras RM811 bilion, satu petanda yang bahaya dan generasi muda akan dibebankan dengan hutang yang amat tinggi dan membebankan,” katanya.
Pengerusi DAP Perak itu berkata pemerintah akan menggunakan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk menampung hutang negara.
“Kerajaan akan memerah rakyat dengan kutipan cukai GST sebanyak RM40 bilion pada 2017. Jumlah ini pasti akan meningkatkan beban rakyat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA