Selasa, 25 Oktober 2016

Bertanding kerusi DAP: Adakah Pas yakin menang atau mahu balas dendam?

Kenyataan Mursyidul Am Pas Ustaz Hashim Jasin bahawa Pas mungkin bertanding di kerusi DAP pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada ahli parti itu sendiri.
Veteran Pas era Fadzil Noor berpendapat kenyataan Hashim tidak masuk akal dan membuang masa kerana bertanding di kawasan majoriti Cina tidak pernah dilakukan sepanjang sejarah penubuhan parti itu.
Salah seorang veteran yang rapat dengan almarhum Fadzil Noor berkata, tindakan tersebut bukan dilakukan secara berstrategi sebaliknya hanya di atas faktor bencikan DAP semata-mata.
“Dalam hal ini (bertanding di kawasan DAP) rasanya Pas bukan nak lawan untuk menang tapi lawan untuk balas dendam kerana mereka bencikan DAP selepas parti itu putuskan hubungan dengan Pas
“Dengan cadangan ini, nampaknya Pas semakin menuju arah politik sempit dan kacau bilau antara kemahuan ahli bawahan dan kehendak segelintir pimpinan kanan yang sakit hati terhadap DAP,” katanya yang enggan namanya tidak disiarkan.
Beliau juga mengkritik tindakan Pas yang menjauhkan diri daripada rakan-rakan pembangkang lain dan menjaja politik akhirat untuk terus berkuasa.
“Slogannya (Pas) sekarang biarlah kalah atas dunia tapi tetap yakin menang di akhirat
“Namun Pas pernah mendapat habuan duniawi dengan kehebatan strategi Fadzil Noor. Langkah Fadzil menyokong perjuangan Anwar Ibrahim pada 1998 dulu menyebabkan Pas meraih kemenangan demi kemenangan sehinggalah sekarang

“Pas sebenarnya menumpang karisma Anwar tapi tidak mahu mengakui jasa ‘banduan’ itu. Pas juga kini enggan mengakui kerjasama dengan bukan Islam dan sekularis adalah formula kejayaan politik
“Maka tiada cara lain, ahli Pas yang tidak senang dengan perkembangan semasa maka mereka menyertai Amanah,” katanya kecewa.
Beliau juga menyifatkan perjuangan Amanah adalah penerusan kepada perjuangan Fadzil Noor dan Nik Aziz yang bertahakuf dengan parti-parti menentang BN untuk menegakkan pemerintahan Islam.
“Dalam hal ini, keputusan Husam Musa sertai Amanah adalah tepat. Akibat langkah tidak popular Pas maka parti itu sekarang hanya hidup di Terengganu, Perlis, Kelantan dan Pahang. Itu pun kekuatannya semakin menurun,” kata beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA