Khamis, 20 Oktober 2016

Bersih diresapi IS: Polis akan panggil Jamal

Pihak polis akan melakukan siasatan terperinci tentang bagaimana Jamal boleh mengaitkan Bersih dengan IS.
jamal ynuns khalidKUALA LUMPUR: Pihak polis akan merakam percakapan Datuk Jamal Yunos susulan dakwaan kononnya Bersih 5 diresapi pengganas kumpulan militan Islamic State (IS).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, memandangkan pelbagai laporan diterima melibatkan ketua gerakan Baju Merah itu, pihak polis akan membuat siasatan secara menyeluruh sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.
“Kita tahan beliau (Jamal) selama 2 hari untuk siasat kerana ada banyak laporan dibuat. Jadi, kita perlu menyiasat dengan teliti.
“Tentang tuduhan Bersih 5 diresapi pengganas IS, itu juga kita akan siasat sebab beliau baru balik dari luar negara. Kita perlu rakam percakapan, bagaimana beliau boleh mengaitkan IS dengan Bersih dan sebagainya,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Perpustakaan Bestari ke-6, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Awal bulan lalu, Jamal bersama 50 penyokongnya hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menyerahkan dokumen bukti kononnya Bersih 5 diresapi IS, malah mendakwa salah seorang sumber maklumat yang diterimanya ialah daripada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Semalam, ketua Umno Sungai Besar itu ditahan polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 8.30 pagi , setibanya dari Dubai, sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), kerana disyaki memuat naik kenyataan berbaur hasutan ke Facebook dan insiden membabitkan penyokong Baju Merah dan Bersih 5 di Sabak Bernam, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA