Jumaat, 21 Oktober 2016

Bersih 5: Ugutan bunuh persis pengganas IS ancaman serius


Mohamad turut mengiringi Maria Chin menyerahkan memorandum ke Bukit Aman siang tadi.Mohamad turut mengiringi Maria Chin menyerahkan memorandum ke Bukit Aman siang tadi.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bimbang ugutan bunuh terhadap pemimpin dan aktivis Bersih menyalin perwatakan pengganas IS.
Pada masa sama, beliau menyifatkan hubungan Perdana Menteri dengan negara yang dikaitkan aksi militan itu bertambah rapat.
"Ugutan bunuh ala IS dan hubungan Najib sendiri dengan negara-negara yang melahirkan IS itu makin rapat khasnya Arab Saudi. Tidak seperti zaman Mahathir," ujarnya.
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, aksi pihak yang mengugut bunuh serta menyimbah cat merah ganas menjelang himpunan Bersih, 19 November depan berbeza dengan siri demonstrasi sebelum ini.
"Ini pastinya bukan provokasi biasa-biasa. Kita nampak reaksi mereka (samseng) terhadap Bersih kali ini lebih kasar berbanding siri Bersih terdahulu.
"Macam mereka rasa selamat. Mereka makin berani mengganas," katanya ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Bukit Aman hari ini.
Mengulas ugutan bunuh  terhadap tiga pemimpin Bersih serta ahli keluarga terbabit, Mat Sabu berkata, sikap memilih dalam mengenakan tindakan undang-undang tidak harus berlaku.
"Mereka semakin berani seolah-olah dilindungi oleh polis.
"Belah sana buatlah apa pun, tangkap sekejap kemudian lepas," ujarnya lagi.
Sementara itu, Bersih dalam sidang medianya hari ini menyeru PDRM Bukit Aman mengambil alih siasatan kes ugutan bunuh kepada Maria Chin Abdullah, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Mandeep Singh supaya dapat diselesaikan pada kadar segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA