Isnin, 31 Oktober 2016

Bersih 5: Kami dibiayai rakyat Malaysia bukan George Soros


Hishamuddin Rais (di tengah) ketika bercakap pada sidang media Bersih dua bulan lalu, sewaktu gabungan itu mengumumkan Bersih 5 akan diadakan pada 19 Novermber ini.Hishamuddin Rais (di tengah) ketika bercakap pada sidang media Bersih dua bulan lalu, sewaktu gabungan itu mengumumkan Bersih 5 akan diadakan pada 19 Novermber ini.
Aktivis Hishamuddin Rais menyelar tuduhan pemimpin kumpulan Baju Merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengaitkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendapat tajaan daripada Open Society Faundation (OSF) yang diterajui George Soros.
Hishamuddin yang juga Pegawai Sumber Bersih, mendakwa Bersih 5 dibiayai oleh rakyat Malaysia.
"Kami Bersih 5 dibiayai rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mahu menjatuhkan Najib (Perdana Menteri Malaysia).
"George Soros tidak ada sangkut paut dengan Malaysia pun.
"George Soros nak jatuhkan 'publican party' di Amerika nak jatuhkan Hillary Clinton bukan nak jatuhkan Najib," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Jamal Pengerusi Gabungan NGO Malaysia  yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu pada Jumaat yang dipetik berkata, Bersih mendapat tajaan RM3.2bilion (USD800juta) daripada pertubuhan OSF yang dikelolakan George Soros.
Dakwa Jamal beliau mendapat maklumat ini daripada kebocoran dokumen dalaman Open Society Foundations (OSF) yang digodam oleh aktivis Wikileaks beberapa minggu lalu.
Melalui rujukan dokomen OSF ujar Jamal menjurus kepada Malaysia yang diberi nama Malaysian Program. Program tersebut menyatakan agenda campur tangan Soros ke arah pilihan raya yang bebas dan bersih di Malaysia mengesahkan pembiayaan Soros kepada Bersih,Merdeka Center dan sebuah portal media pro pembangkang.

Kata Hishamuddin lagi, apabila berlaku penentangan terhadap usaha dilakukan Bersih itu menandakan apa yang diperjuangkan gabungan itu adalah betul.
"Apabila musuh menentang kita itu tanda kita membuat kerja yang betul..jika musuh tidak serang kita maknanya kita sudah jadi sama dengan musuh atau kita jadi penasihat musuh," ujarnya.
Bersih dijadualkan akan menganjurkan himpunan Bersih 5 pada 19 November depan yang mendapatkan tentangan kumpulan Baju Merah yang dijangka akan menurunkan 300,000 ahlinya menongkah arus penyokong Bersih 5 dalam perhimpunan diadakan itu.
BERSIH ditubuhkan pada 2016 oleh tiga NGO iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Kesatuan Penulis Untuk Media Independent (Wami) serta disokong parti politik pembangkang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA