Rabu, 26 Oktober 2016

Balak Kelantan: Jangan label orang asli bukan-bukan


Husam MusaHusam MusaAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor dari Amanah, Datuk Husam Musa meminta semua pihak agar tidak melabel orang asli dengan gelaran yang tidak sepatutnya ketika mereka bangkit menghalang aktiviti pembalakan di Gua Musang.
Beliau berkata, orang asli seharusnya mendapat layanan yang sama rata seperti kaum lain kerana Islam mengajar umatnya menghormati dan tidak menyakiti kaum lain termasuk golongan kafir zimmi.
"Mereka telah kehilangan mata pencarian dan kerosakkan persekitaran, jadi jangan label mereka bukan-bukan bila mereka bangkit memprotes," kata beliau ketika berucap membahaskan bajet 2017 di persidangan Dun Kelantan hari ini.
Menurutnya, semua pihak sepatutnya memberikan perhatian dan menyelidik perkara sebenar apabila orang asli mengadakan sekatan atau "blockade" dengan melarang jentera membalak masuk ke kawasan mereka.
"Malang sekali pelbagai tuduhan seperti dihasut dan terpengaruh agenda kristianisasi pula dipalitkan kepada mereka.
"Inikah sikap yang patut diambil kalau kita anggap mereka adalah saudara kita sama anak cucu Adam apa lagi sebahagian besar mereka telah beragama Islam," katanya.

Beliau yang telah melawat kawasan berkenaan dan berjumpa sendiri dengan penduduk di sana turut menyeru semua pihak agar berfikir cara untuk membantu masalah yang dihadapi merekatanpa melemparkan pelbagai tohmahan.
"Kini hutan tempat mereka cari makan semakin sempit, sungai sumber air mereka tercemar dan lebih mengejutkan kubur tempat nenek moyang mereka disemadikan turut dicerohoh," katanya.
Menurut Husam selepas tinjauan pada 13 Oktober lalu, beliau mendapati penduduk orang asli membuat khemah di tepi-tepi jalan bagi membantah lori balak masuk ke kawasan mereka dan mereka kini dalam keadaan kelaparan kerana kekurangan bekalan makanan.
"Hampir semua mereka menangis tunjuk kubur yang turut jadi sasaran pembalak," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA