Ahad, 23 Oktober 2016

Bajet indah khabar dari rupa kata pemuda Bersatu dan Amanah

Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul RahmanBajet yang tidak realistik akan menjadi igauan kepada rakyat yang senantiasa mengharapkan ianya menjadi realiti, namun ia akan mengecewakan rakyat, apabila ianya menjadi fantasi dan angan-angan bikinan pemerintah yang rakus, korup dan pelahap wang rakyat.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda Nasional, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam program santai bersama anak muda anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) Sungei Petani.
Menurut Saddiq lagi, apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam bajet yang dibentangkan hanyalah sebagai penyedap kata yang belum pasti menjadi fakta.
"Kita masih sangsi apakah bajet yang dibentang itu adalah fantasi atau realiti kerajaan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
"Masalah integirti, pelaksanaan dan penguatkuasaan menjadi persoalan walaupun bajet yang diperuntukkan berbillion ringgit.
"Jangan tengok bajet dari segi janji manis semata-mata, sebaliknya bajet yang lalu ppun belum lagi disiapkan hingga kini, " jelasnya lagi.
Katanya lagi, peruntukkan untuk prasarana dan kemudahan bekalan air di Sabah sebelum ini pun berlaku penyelewengan.
"Kenapa boleh terjadi 60 peratus diselewengkan oleh pihak tertentu dalam isu bekalan kemudahan air di Sabah baru-baru ini.
"Ini membuktikan walaupun peruntukannya ada, tapi integriti tiada dikalangan pimpinan kerajaan yang akhirnya menjadikan rakyat Sabah sebagai mangsa.
"Tiada gunanya peruntukan yang berbilion sekiranya pelahap wang rakyat sedang menanti, sebaliknya nasib rakyat tidak terbela, " ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, selagi kerajaan yang memerintah masih mengamalkan rasuah dan penyelewengan, berapa banyak sekali pun bajet yang diperuntukkan akan menjadi habuan perasuah yang korup.
"Begitu juga dengan skandal yang berlaku dalam kes rasuah Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan.
"Walaupun telah diperuntukkan harga yang sepatutnya dijual adalah antara RM150,000 hingga RM200,000, sebaliknya ada yang menjual balik dengan harga setengah juta.

"Pelahap wang rakyat mengaut keuntungan, akhirnya rakyat derita tanpa dasar konkrit kerajaan yang memerintah, " tegasnya lagi.
Asmirul Anuar Aris Asmirul Anuar Aris Manakala Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris pula berkata, bajet yang dibentangkan kali ini merupakan bajet yang tidak ada perubahan.
"Dulu kerajaan ada peruntukkan dalam bajet yang lalu nak buat Hospital Pendang di Kedah, tapi hingga bajet 2017 bayang hospital pun tak nampak.
"Kenapa pembinaan Hospital Pendang yang amat menjadi keperluan penduduk tidak diberi keutamaan untuk disiapkan hingga kini.
"Apakah pembinaan hospital tersebut sudah tidak relevan lagi bagi kerajaan, sedangkan penduduk terpaksa berulang alik dari Pendang ke Alor Setar yang begitu jauh untuk mendapat rawatan, " katanya ketika ditemui.
Asmirul juga berkata, rakyat jangan terpedaya dengan janji yang sering menjadi pelaris untuk mendapat sokongan kerajaan Umno dan BN.
"Sudah terbukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak lagi mampu untuk mengotakan janji kepada rakyat termasuklah di negeri Kedah.
"Oleh kerana itu, reform sedang dipergiatkan oleh Parti Amanah Negeri Kedah dengan kerjasama Bersatu, PKR dan juga DAP bagi meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan mampu menggantikan Umno dan BN.
"Kita juga mengajak Pas untuk bersama-sama untuk melaksanakan pembaharuan ini bagi merealisasikan hasrat menawan Kedah dan juga Putrajaya dengan serius termasuklah melalui satu lawan satu dalam pilihan raya umum yang akan datang, " tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA