Rabu, 19 Oktober 2016

Bajet HARAPAN tawar gaji RM1,500, GST berkadar 'sifar'

Pakatan Harapan hari ini melancarkan bajet alternatif yang mengenengahkan antaranya potongan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM), menangani rasuah, mengurangkan pergantungan kepada cukai barangan dan perkhidmatan serta peluang yang sama untuk semua rakyat Malaysia.
Bajet yang kali pertama disediakan oleh Pakatan Harapan itu diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat ini.
Bajet alternatif oleh PKR, DAP dan AMANAH itu mencadangkan pengurangan sebanyak RM10 bilion dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dari RM20.31 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion.
Sementara itu, pakatan itu turut mencadangkan kewujudan Akta Peluang Pekerjaan Saksama yang akan memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk menghukum sebarang perbuatan diskriminasi di tempat kerja berdasarkan bangsa, agama atau jantina.
Gaji minimum juga meningkat kepada RM1,500, satu langkah yang menelan belanja sehingga RM4.98 bilion.
Kerajaan juga, cadang Pakatan Harapan, harus membahagikan kos ini sama rata dengan sektor swasta menerusi pemberian separuh subsidi daripada kenaikan.
Pada masa yang sama, pakatan itu turut mencadangkan penambah baikan GST 'berkadar sifar'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA