Isnin, 24 Oktober 2016

Bajet 2017: ‘Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya...’

Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah memberi amaran bahawa matlamat Bajet 2017 tidak akan tercapai jika peruntukan kerajaan itu tidak disalurkan dengan betul.
“Fokus betul-betul. Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya it becomes nothing,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Kita beri (peruntukan) kepada semua orang hingga ia jadi begitu sedikit," katanya.
Ini adalah kali pertama Husni membahas sejak digugurkan jawatannya pada bulan Jun, selepas diberitahu bahawa beliau akan dipindahkan ke kementerian lain dalam rombakan kabinet.
Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian untuk mengetahui sektor mana yang seharusnya pelaburan dibuat.
Ini katanya, adalah bagaimana negara-negara seperti Korea Selatan mampu melonjakkan negara mereka daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi satu.
Beliau juga berkata semua kementerian perlu melihat kekuatan dan kelemahan secara holistik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA