Isnin, 24 Oktober 2016

Bajet 2017: Di mana tersembunyi peruntukan ibu tunggal?

Oleh Veronica Anne Retnam 
Kami dari Jaringan Rakan Ibu Tunggal amat hampa dengan sikap kerajaan yang seolah-olah pekak dan bisu terhadap suara kaum ibu tunggal berpendapatan kurang dari RM1,500 di seluruh negara.

Jaringan kami yang terdiri daripada pelbagai NGO wanita and aktivis hak wanita amat kecewa dengan Bajet 2017 yang dibentangkan Jumaat lalu. Kami kecewa kerana ;
  • Tidak ada bantuan untuk Ibu Tunggal berpendapatan kurang dari RM1,500.
  • Mengikut Bajet  2017, bantuan kanak-kanak tertinggi adalah RM450 sebulan. Tiada kenaikan sesen pun jika dibanding dengan bantuan kanak-kanak sedia ada; masih RM450 bantuan tertinggi.
  • Peningkatan bantuan am dialu-alukan, tetapi apakah kelayakan yang di pertimbangkan? Gambaran yang diberi di akhbar The Star 22/10/2016 adalah untuk keluarga di bawah pendapatan bulanan RM3,000 tetapi situasi sebenarnya ialah ramai keluarga ibu tunggal yang berpendapatan kurang RM1,000 pun susah memperolehi bantuan JKM.
  • Penjagaan untuk kanak-kanak kurang dari 10 tahun dari keluarga Ibu Tunggal adalah diperlukan dengan kadar amat segera tetapi tidak diberi allokasi dalam bajet ini. Peruntukan RM85 juta untuk PERMATA hanya untuk segelintir kanak-kanak sahaja.
  • Pelepasan cukai RM1,000 untuk yuran TASKA dan Tadika itu adalah satu yang baik dan faedah yang sama harus dihulurkan kepada keluarga B40 melalui skim subsidi yuran Taska dan Tadika.
  • Bilangan rumah 5,000 unit dengan syarat adanya tanah sendiri/peruntukan tanah kerajaan di luar kemampuan golongan ibu tunggal. Tetapi, keluarga miskin kota mana yang mempunyai tanah sendiri?
Bajet ini untuk siapa?
Apa terjadi kepada perbelanjaan terperinci yang dikemukakan oleh Jaringan Rakan Ibu Tunggal kepada Kementerian Wanita Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, bersama dengan syor-syor asas pada 25 Februari dan 16 Jun 2016?
Antara yang disyorkan:

  • Perlindungan untuk setiap kanak-kanak miskin melalui tempat selamat, makanan seimbang dan bantuan berkait dengan pembelajaran seperti tusyen semasa ibu tunggal di tempat kerja akan memperkasakan masyarakat dan menjadi benteng kepada masalah ponteng sekolah, buli dll.
  • Sewa yang rendah serta subsidi pembelian rumah untuk ibu tunggal.
  • Pusat aktiviti kanak-kanak di setiap kawasan rumah kos rendah oleh JKM, termasuk dengan pegawai psikologi
Kepentingan pertama peruntukan awam adalah untuk masyarakat miskin. Angka Jabatan Statistik 2010 menyatakan ujud 830,000 ibu tunggal.
Jika diandaikan 20 peratus daripada golongan ini berpendapatan kurang dari RM1,500, maka bantuan dimestikan untuk 166,000 ibu tunggal dan anak mereka. Jangan gadaikan nyawa golongan ini.
Maka, kami kecewa Bajet 2017 gagal menangani permasalahan untuk kaum ibu tunggal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA