Selasa, 25 Oktober 2016

Amanah minta kerajaan kaji semula spesifikasi bangunan hospital lama


Salahuddin bertemu keluarga mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruSalahuddin bertemu keluarga mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Timbalan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub menggesa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan membuat kajian serius terhadap semua hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara khususnya bangunan hospital lama agar memenuhi sepesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Ia katanya termasuk jalan keluar wad kecemasan yang terhad dan sempit serta penuh dengan alatan perubatan menyebabkan kesukaran mengendalikan pesakit yang ramai apabila berlaku keadaan kecemasan.
Pendawaian semula juga perlu dibuat khususnya bagi bangunan hospital lama supaya memenuhi spesifikasi dan syarat Tenaga Nasional Berhad, kata Salahudin ekoran kebakaran yang berlaku kepada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pagi tadi.
"Saya mengharapkan kejadian ini dapat membuka mata semua pihak. Perbahasan bajet yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat perlu dimanfaatkan oleh ahli-ahli parlimen supaya peruntukan bagi hospital dapat dinaikkan.
"Pagi tadi, saya bersama-sama rakan pimpinan AMANAH Johor turun sendiri melakukan ziarah kepada mangsa dan meninjau operasi menyelamat di HSA. Kami juga sedang meneliti segala keperluan bagi membantu mangsa-mangsa terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis dan bomba mengesahkan, enam pesakit maut ekoran kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru pagi ini.
Menurut saksi, Bomba menerima panggilan kecemasan jam 8.55 pagi tadi dan sampai ke lokasi kira-kira jam 9. 10 pagi.
Kebakaran dikatakan berlaku di tingkat 2 bangunan itu yang menempatkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
Saksi yang melihat kejadian itu berkata, ramai pesakit di bawa keluar dari bangunan itu tetapi tidak diketahui nasib pesakit yang sedang menerima rawatan di wad ICU itu.
Ini kerana, ramai antara mereka yang memakai 'ventilation' yang bergantung kepada tangki oksigen dan tenaga elektrik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA